Takziah Buat Pakcik Ku Sekeluarga

Buat pakcik ku (Ngah Rosli),aku mengungkapkan takziah atas peristiwa yg menimpamu sekeluarga pada malam Selasa yg lepas. Sesungguhnya ini adalah ujian dari Nya...utk hamba Nya yg dikasihi.


Kebakaran yg meranapkan rumahmu...pasti hancur luluh hati bila rumah yg dibina..hangus sekelip mata. Tambah2 lg bila hari menghampiri Ramadhan. Pastinya, suasana Raya ini akan memilukanmu sekeluarga. Tabahlah duhai pakcik ku..pasti ada hikmah yg telah ditentukan oleh Nya.. Bersabarlah... Redha dgn apa yg berlaku..

Masih aku teringat....ketika aku practical di Telekom. Rumahmu lah yg menjadi pelindungku dari hujan..panas..selama 3 bulan. Segala pengorbananmu..ketika aku masih practical..membuatkan diriku sebak. Terima kasih atas segala-galanya...segala tanggungan makan minumku, penginapanku, dan setiap titik peluhmu menghantar dan mengambil aku balik dari practical.

Tiada kata yg mampu menggambarkan kebaikanmu...moga setiap amalan kebajikanmu akan dibalas dengan rezeki yg melimpah ruah, dikurniakan tubuh badan yg sihat walafiat sehingga hari2 tuamu, dipermudahkan urusan seharianmu, ditemani isteri yg sntiasa menyayangimu di samping anak2 yg akan membahagiakan hidupmu.

TAKZIAH NGAH......


Peristiwa: Kebakaran meranapkan 7 buah rumah
Tempat: Kpg. Tabuan Hilir, Kuching, Swak
Tarikh: 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa: 2.15 pagi
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

salam ziarah yumida

terima akish singgah dan komen ke blog ayu...

salam takziah utk pak ngah kamu ya...
sayunya kak mendengar..
semoga kalian sklrg tabah..

Salam takziah untuk pkngah sekeluarga. Saya pon tahu berita ni dari gerek saya. Ada kawan dia pon mangsa kebakaran ni jugak.

Pasti ada hikmah yang berlaku.

Salam takziah untuk Pak Ngah femili.. Semoganya ditempatkan dengan orang2 yang beriman... Al-fatihah..

Salam takziah kpd Pak Ngah.. harap ada bantuan utk beliau sekeluarga..

salam takziah buat Pak Ngah sekeluarga..moga tabah menghadapinya..

salam takziah drpd sy buat keluarga pacik awk tu ye .. huhu
harap bersabar

salam takziah untuk pakcik awak..
smoga pakngah...sntiasa tabah ok :)