Perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka



2011/07/06
KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan 9 Julai ini merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka.

Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga berkata stadium itu dipilih kerana ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.

"Kami juga mohon polis, DBKL atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan di stadium pada 2 hingga 4 petang nanti.
"Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ambiga berkata, keputusan memilih stadium berkenaan dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan malam tadi yang turut mengambil kira kapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang pada satu masa di stadium berkenaan.

Mengenai permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di stadium itu, Ambiga berkata pihaknya belum lagi mengemukakan sebarang permohonan namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa secepat mungkin.

"Kita belum mohon kerana kerajaan cakap kita boleh pilih mana-mana stadium. Jadi apa perlu permit ini. Tapi kita akan berhubung dengan polis dan pihak berwajib untuk mendapatkan permit tersebut," katanya.
Beliau menambah pihaknya turut bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk perbincangan lanjut.

Semalam, Ambiga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara dan bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakannya di stadium berbanding demonstrasi jalanan.

Ambiga berkata, selesai sahaja perhimpunan selama dua jam itu nanti, sepuluh orang wakil mereka akan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tuntutan itu adalah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

"Kami juga menuntut agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk mengkaji kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya sedia ada," katanya.

Pada Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. - BERNAMA


Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :


Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Murad malik
Bersih bukan agenda orang melayu tapi lebih untuk jatuhkan orang melayu..wahai melayu fikir2kan lah?kita ada akhirat,dunia ini hanya fana dan tidak kekal.kasihan anak cucu kita.jangan sia siakan perjuangan nenek moyang kita..kita kekalkan aje,ini sahaja negara yang kita ada.ramadhan tak lama lagi itulah jihad sebenarnya.semoga allah ampun orang2 melayu yang terpesong dari ayat 7 alfatihah.
cikbie
Tk kira di manapun lokasi perhimpunan itu namun ianya tetap TIDAK BERSIH..lu pikir le sendiri.
mohd zailani
Persoalan + musykil..kenapa pilih satdium merdeka ?..mengapa tak pilih stadium batu kawan @ stadium darul aman @ stadium shah alam @ stadium sultan mohamaed kota baru ?
luqman
bagus, pergilah berhimpun, menjeritlah, mencarutlah, mengatalah, ajak sekali anak bini suku sakat saudara mara, jiran sekampung anda pergi berjuang atas dasar politik yang anda fikirkan tak bersih. pergilah luahkan perasaan anda yang tak puas hati dengan kerajaan sekarang. Dengarlah kata-kata pemimpin anda yang sempurna sifat pemikirannya sebab dia saja yang betul, pergilah beramai-ramai jadi benteng kepada ambiga untuk menjatuhkan bangsa sendiri, tapi jangan lupa tengok kiri dan kanan "JANGAN LUPA" bilang dengan jari berapa ramai bangsa lain berada di situ nanti. Anda ingat kalau bangsa anda jatuh, bangsa lain akan sambut, minta maaf, mereka ketawa lagi ada lah. Saya tak kisah atas semua yang terjadi bagi saya kemiskinan dan kepayahan hidup itu bukan disebabkan kerajaan, tapi disebabkan olah kemalasan individu itu, kalau kerjaan ini bertukar kepada pembangkang sekali pun anda yang menjerit menyokong mereka belum pasti berubah kalau anda seorang individu pemalas. Tuhan telah berikan keamanan dan kedamaian sejak kita merdeka sepatutnya kita bersyukur, atau kita sudah bosan dengan keamanan dan kedamaian ini. Bersyukurlah agar Tuhan tak tarik nikmat keamanan dan kedamaian di bumi Malaysia ini.
Ahmad Zack
Sekiranya di buat di Stadium Merdeka yang berada tengah-tengah Kuala Lumpur, pada hemat saya, ia serupa sahaja jika di buat di jalanan, jalan akan banyak ditutup, kenderaan akan bersesak-sesak, parking merata-rata, dan amat bahaya sekiranya berlaku sebarang hasutan & provokasi tentu ia akan merebak ke jalanan...

Kenapa mereka tidak pilih di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam yang mana kita tahu kapasitinya lebih besar, lebih selesa dan memiliki kemudahan tempat letak kereta & sebagainya...

Mungkinkah ada agenda lain lalu mereka sengaja memilih Stadium Merdeka yang kecil & sendat tetapi berada di tengah-tengah Kuala Lumpur dan hampir dengan jalanan... adakah wajar memilih stadium yang boleh menghimpunkan maksimum 50,000 (termasuk atas padang) sedangkan himpunan dari PAS sahaja bakal mencecah 100,000 orang, tidak termasuk parti politik lain serta NGO-NGO yang bersekongkol dengan pertubuhan haram ini...

warga KL
..kenapa taknak buat kt Stadium Shah Alam? kt sana lg senang nak uruskan sebab negeri pembangkang? mcm2 alasan ...
gogo
kalau dah haraml, apa nak di himpunkan sangat benda mcm tu....amba ni ada rancangan lain...diguna oleh org yg dengki
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓