Nuruf AF2 Tiada Niat Ketepikan Keluarga Kandung



KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2011: Lebih sebulan berusaha untuk mencari dan menemui keluarga kandung, penyanyi Nurul AF2, mengakui usahanya itu gagal dilaksanakan.

Malah kata Nurul, dia sama sekali tidak pernah terlintas untuk membelakangkan keluarga kandung sendiri sewaktu melangsungkan pernikahan bersama suami, Mohd Munzil Muhammad.

Namun jelas penyanyi berusia 29 tahun ini, disebabkan pertemuan yang diharapkan itu, tidak berjaya direalisasikan, menyebabkannya menggunakan wali hakim bagi melangsungkan pernikahan di Narathiwat, Thailand pada, 23 April lalu.

"Bukan saya dan suami tidak pernah cuba bertemu dengan keluarga. Ada dua cara kami lakukan iaitu pertamanya menggunakan pertolongan Jabatan Agama Islam di Sarawak sebagai orang tengah untuk bertemu keluarga kandung namun gagal.

"Kemudian saya, suami dan keluarga mertua pula pergi ke Sarawak dan bertemu penghulu untuk menolong kami berjumpa mereka. Situasi yang sama turut berlaku dan kami tak dapat juga berjumpa dengan mereka disebabkan masalah-masalah tertentu," katanya ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Desa Pandan, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri suami, ibu angkatnya Napsiah Husaini, dan dua orang peguam syarie Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Nurul dan suami mengadakan sidang media tersebut bagi memberi penjelasan berikutan pendedahan sebuah program hiburan televisyen yang mendakwa kedua-dua mereka telah membelakangkan keluarga kandung dan bernikah tanpa menggunakan ayah kandungnya sebagai wali.

Mengakui hanya pernah bertemu dengan keluarga kandungnya sewaktu kecil, pemilik nama sebenar Nurullah Zawawi memberitahu, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka.

Malah katanya, dia juga amat berharap agar dapat dipertemukan dengan kedua ibubapa kandungnya kelak.

"Saya tak ada masalah dengan mereka, niat nak jumpa memang ada. Apabila dah kahwin ini kekuatan untuk jumpa lebih lagi. Lagipun dah pernah buat perancangan untuk bertemu tapi banyak sangat halangan.

"Saya pun kenal mereka apabila menonton program tersebut kerana saya telah diserahkan kepada kepada keluarga angkat sewaktu kecil. Tapi buat pengetahua semua, keluarga angkat dan kandung saya sebenarnya mempunyai pertalian saudara," katanya yang tidak pernah malu untuk mengakui keluarga kandungnya.

Dalam pada itu, Nurul turut memberitahu bahawa dia juga tidak pernah menukar nama seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menggunakan nama Nurullah Abdul Hamid sebagai nama komersial, jelas Nurul, dia tetap menggunakan nama Nurullah Zawawi bagi urusan rasmi.

"Saya guna nama Nurullah Abdul Hamid kerana itu nama arwah ayah angkat saya. Tapi jangan salah faham kerana saya tak pernah tukar nama dan menggunakan nama Nurullah Zawawi iaitu nama ayah kandung saya untuk urusan rasmi termasuk ketika melansungkan pernikahan.

"Selepas ini bagi mengelakkan salah faham, saya akan menggunakan nama Nurullah Abdul Hamid @ Zawawi," jelasnya lagi.

Sementara itu, suaminya Munzil berkata, penikahan mereka sememangnya telah pun disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Jelasnya, terdapat segelintir pihak media telah tersalah lapor dengan menyatakan tarikh pernikahan mereka berlangsung pada 23 Mei yang sekaligus membuatkan masyarakat memandang negatif kepada mereka.

"Terdapat segelintir media yang melaporkan kami nikah 23 Mei dan itu salah sebenarnya. Kami bernikah 23 April lalu. Berikutan laporan itu, menyebabkan kami dipandang negatif oleh masyarakat.

"Saya tak mahu lagi orang memandang serong pada kami kerana kami bernikah sacara sah dan mengikut lunas agama," katanya.

Ditanya mengapa memilih mengadakan pernikahan di negara jiran walhal masih boleh menjalankannya di negara ini dengan menggunakan wali hakim juga, kata Munzil perkara tersebut akan menyebabkan kelewatan dan segala persiapan perkahwina telah pun dijalankan.

"Memang boleh guna wali hakim dan nikah di sini tapi prosuder yang perlu diambil terlalu lama. Jika kami tunggu akan menyebabkan segala persiapan perkahwinan tertangguh dan tak tahu bila akan terlaksana," katanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

suka dgn nurul ni..kesian kat dia ramai yg mengata.. :(