Kanak-kanak maut dalam kejadian langgar lari

30 Jun 2011
Mangsa di atas motosikal yang diberhentikan ayahnya di tepi jalan ketika dirempuh Hilux

KUCHING: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang duduk di bakul hadapan motosikal ayahnya, terbunuh apabila motosikal berkenaan dilanggar oleh sebuah trak pacuan empat roda dalam sebuah kejadian langgar lari malam kelmarin.

Mangsa, Sharulmizan Narudin, dikatakan sedang duduk di tempatnya itu, ketika ayahnya memberhentikan motosikal terbabit di tepi jalan dekat bulatan berhampiran dengan Kampus UNIMAS lama di Samarahan, kerana hendak membuang air kecil, sekitar jam 9.15 malam.

“Sebuah Toyota Hilux yang berwarna gelap dari arah belakang tiba-tiba merempuh motosikal serta kanak-kanak tersebut, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” demikian menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Orang ramai yang lalu di tempat kejadian membantu menghantar kanak-kanak tersebut ke sebuah klinik berhampiran, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kemudian.

Ayah mangsa yang berusia 28 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sementara itu, suspek yang dipercayai pemandu trak pacuan empat roda itu telah berjaya diberkas di rumahnya di Jalan Batu Kitang sekitar waktu tengah hari semalam.

Polis dikatakan berjaya mengesan suspek setelah mendapat maklumat melalui nombor pendaftaran keretanya berjaya dicatit oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Hope org yg langgar lari ya akan mnerima hukuman yg setimpal dgn kesalahannya!

TQ atas kerjasama org awam yg prihatin.