Sinopsis Drama Putera Rayyan TV3

Sinopsis Drama Putera Rayyan TV3 | Putera Rayyan mengisahkan jejaka kacak bernama Putera Rayyan (Kamal Adli) berusaha memenuhi permintaan terakhir ayahnya. Ayahnya memberitahu agar dia mengahwini anak perempuan rakan sekerja iaitu Dato Norman (Zuhairi Ibrahim).

Sinopsis Putera Rayyan TV3, pelakon dan gambar drama Putera Rayyan TV3, drama Putera Rayyan TV3, Putera Rayyan episod akhir – episod 23, biodata pelakon Putera Rayyan TV3
Tonton drama Putera Rayyan di TV3

Rayyan keliru kerana Dato Norman mempunyai 2 orang anak iaitu Arisa (Nad Zainal) dan Anisa (Miera Liyana / Miera Leyana). Untuk mengenali hati kedua-dua gadis tersebut, Rayyan memutuskan untuk menjadi pekerja Dato Norman sebagai PA.

Keinginan Rayyan dalam memenuhi permintaan arwah ayahnya mendapat tentangan hebat dari ibunya iaitu Tengku Mariam (Zila Bakarin). Bagi Tengku Mariam, Dato Norman tidak setaraf dengan mereka! Tengku Mariam mahukan menantu yang kaya raya, berpangkat besar, keluarga berada seperti mereka.

Dan kerana itu, dia telah memilih Tengku Suraya (Lutfya Omar) sebagai bakal isteri Rayyan. Rayyan tidak bersetuju dengan pilihan ibunya. Dia tetap dengan misinya.

Arisa merupakan anak pertama dari isteri pertama Dato Norman. Manakala Anisa anak dari isteri keduanya iaitu Nora (Aida Aris). Ibu Arisa telah lama meninggal dunia akibat insiden tergelincir dari tangga. Dek kerana itu, dia sering menyalahkan dirinya.

Arisa anak yang baik yang sentiasa mendengar kata-kata ayahnya. Manakala sikap Anisa pula sangat pentingkan diri, keanak-anakan, terlalu manja, kasar dan sering sahaja membuli Arisa.

Arisa mempunyai kekasih bernama Haikal (Lan Siro DFKL / Azlan Mokhtar). Anisa yang cemburu melihat sikap ambil berat Haikal terhadap Arisa, mula merencana ingin merampas Haikal dari Arisa. Walaupun sering digoda oleh Anisa, cinta Haikal hanya untuk Arisa. Namun segalanya musnah apabila Anisa yang begitu over memeluk dan bermesra tanpa kerelaan Haikal. Hubungan Haikal dan Arisa menjadi tegang.

Suatu hari, Dato Norman terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya. Arisa begitu bersedih. Rayyan nekad ingin menjaga Arisa lalu menjadikan Arisa sebagai isterinya. Tengku Mariam tetap menjadi penghalang hubungan mereka walaupun telah bergelar suami isteri.

Arisa begitu tertekan. Dia tidak menyangka perkahwinan itu tidak membawa apa-apa kebahagiaan untuk dirinya. Tambahan lagi, Anisa ingin merampas Rayyan darinya. Disokong pula oleh Nora yang inginkan Rayyan yang kaya raya itu menjadi menantunya.

Adakah Rayyan dan Arisa berjaya mengharungi segala dugaan itu? Akan bertahankah rumahtangga mereka? Bagaimana pula dengan Tengku Suraya yang sudah lama mengidam ingin menjadi isteri Rayyan. Adakah rancangan jahat Anisa akan menjadi? Saksikan segalanya dalam drama Putera Rayyan di kaca tv anda.

Pelakon Drama Putera Rayyan TV3
Putera Rayyan – Kamal Adli
Arisa – Nad Zainal
Anisa – Miera Liyana / Miera Leyana
Nora – Aida Aris
Tengku Mariam – Zila Bakarin
Tengku Suraya – Lutfya Omar
Dato Norman – Zuhairi Ibrahim
Fauzi – Sakhee Samsuddin
Zul – Eazali Hussain
Haikal – Lan Siro DFKL / Azlan Mokhtar

Gambar Drama Putera Rayyan TV3 
Sinopsis Putera Rayyan TV3, pelakon dan gambar drama Putera Rayyan TV3, drama Putera Rayyan TV3, Putera Rayyan episod akhir – episod 23, biodata pelakon Putera Rayyan TV3

Saksikan drama Putera Rayyan
Tarikh Putera Rayyan disiarkan: 25 November 2015
Jumlah episod Putera Rayyan: 23 (episod akhir)
Putera Rayyan episod akhir – episod 23
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 4.30 – 5.00 petang
Saluran: TV3

Biodata pelakon Putera Rayyan TV3:
Biodata Kamal Adli – watak Putera Rayyan
Biodata Nad Zainal – watak Arisa
Biodata Miera Liyana / Miera Leyana – watak Anisa


EmoticonEmoticon