JamilKucing Penyelamat Kucing Terbiar & Beruk Comel Dalam Majalah 3

Hari ni, 30 November 2015 start jam 9.00 malam aku menunggu siaran pasal beruk comel kat Majalah TV3. Rupanya, scene beruk jinak bersama tuannya Jamil Kucing part hujung sekali. Maka, bertabahlah mataku, kugagahkan juga menunggu sampai jam 10.00 malam.

Siapa JamilKucing? Jamil Kucing pencinta haiwan yang selamatkan kucing terbiar dan kucing buangan, JamilKucing bersama buah hati beruk JK dan Shaki dalam Majalah 3, cara salurkan bantuan derma kepada JamilKucing, facebook twitter blog JamilKucing
JamilKucing bersama beruk manja dan comel JK dan Shaki

Memang berbaloi menahan mata mengantuk semata-mata nak tengok beruk jinak yang pandai berfesyen. Kiut pulak si JK dan Shaki pakai pakaian. Shaki beruk betina pakai gaun. Manakala si JK pula beruk jantan pakai pakaian jersi kuning.

Paling comel menawan hatiku part Shaki dan JK menaiki motosikal bersama pemiliknya iaitu Jamil Kucing. Shaki duduk belakang sambil peluk Jamil Kucing manakala JK duduk depan. Alololo..kiut sangat-sangat!

Siapa JamilKucing? Jamil Kucing pencinta haiwan yang selamatkan kucing terbiar dan kucing buangan, JamilKucing bersama buah hati beruk JK dan Shaki dalam Majalah 3, cara salurkan bantuan derma kepada JamilKucing, facebook twitter blog JamilKucing 

Usia si JK dan Shaki adalah 11 tahun. Jamil Kucing dah bela mereka selama 10 tahun. Wow lama tu! Beruk tu pun patuh je dengar arahan ownernya. Siap pandai high five lagi. Part menyentuh hati bila Jamil Kucing cakap, “dia harap mereka ‘JK dan Shaki’ pergi dulu sebelum dia”. Risau takut nanti tiada yang akan menjaga mereka seperti dirinya. Tacing aku mendengarnya..

Sebelum ni aku hanya pernah tengok beruk atau monyet jinak dalam tv je. Tu pun tugasan mereka untuk petik buah kelapa. Tapi kes JK dan Shaki ni memang special di hati pemiliknya. Layanan terbaik! Beruk yang begitu jinak, terlatih, manja, buat penonton geram nak belai diorang.

Sebab Jamil Kucing Begitu Popular
Jamil Kucing bukan hanya memiliki beruk manja bernama JK dan Shaki, tapi beliau merupakan seorang penyelamat kucing terbiar. Setiap kucing buangan yang beliau jumpa, beliau akan bawa balik ke rumah untuk dirawat.

Siapa JamilKucing? Jamil Kucing pencinta haiwan yang selamatkan kucing terbiar dan kucing buangan, JamilKucing bersama buah hati beruk JK dan Shaki dalam Majalah 3, cara salurkan bantuan derma kepada JamilKucing, facebook twitter blog JamilKucing

Terkini, menerusi maklumat dalam Majalah 3, beliau mempunyai 200 ekor kucing yang diselamatkan. Wah, banyaknya! Mulianya hati si pencinta kucing ni. Moga Allah limpahkan rezeki yang melimph ruah kepadanya. Kucing yang sakit ataupun kurap akan sedaya upaya Jamil Kucing berikan rawatan setakat yang termampu. Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan derma, bolehlah melayari info di bawah:

Website / blog JamilKucing: http://jamilthecatman.blogspot.my/
Twitter JamilKucing: https://twitter.com/kucingjamil

6 comments

tersangatlah mulia hatinya. jarang jumpa orang camni

assalamualaikum yumida...semoga semakin bertambah rezeki beliau...:)

tersentuh... susah nak jumpa orang yang macam ni...

lucu kmk nangga m3 malam ria.. lucu nangga beruk ya di asok nya pake baju gown.. haha. nasib sik buak ari.

Alhamdulillah... Berbakti pada binatang ada pahala dunia dan akhirat


EmoticonEmoticon