BW Guna Handphone, Lambatnya MakNek Menaip! Typo Sana Sini..

Nak buka blog guna laptop, lambat. Buka guna handphone cepat sikit. Tapi tu la, perlukan kesabaran tinggi nak blogwalking guna phone ni. Lambat nak taip, paling annoying banyak sangat typo. Kena ulang balik, delete, taip semula. Makan masa..

Buat kerja macam mak nenek atau nama timangan manja untuk nenek adalah ‘maknek’. Akulah la si maknek tu. Eh korang panggil nenek perempuan korang apa? Nenek/ grandma/ tokma? Kalau kami panggil maknek.

Kengkadang masa nak komen tu, banyak je pendapat nak diluahkan. Tapi dek kerana typo terover, hmmm potong stim je! Blogwalking dengan laptop/ pc jugak terbaik. Ada yang update blog guna handphone? Wah tabik spring. Memang orang yang penyabar dan teliti.

blogging melalui handphone

Datang menyinggah ke blog kak Diana Rashid. Enjoy baca. Kak Diana antara blogger lama yang aku kenali sekitar tahun 2011. Sampai sekarang, beliau masih aktif menulis. Eh lupa nak cakap..happy anniversary..hihi. Picture atas tu, tanda aku telah berblogwalking guna smartphone. Fuh..berpeluh-peluh aku memperbetulkan typo bersepah. Jari comel kot. Hehe.

6 comments

Saya memang berblog/bw banyak guna smartphone berbanding pc/laptop...

lebih selesa guna laptop / pc lagi.. tapi pernah laa update dan BW guna tab.. rasa cepat dan mudah..

This comment has been removed by a blog administrator.

haha..samalah, gigih betul nak merjainkan diri blogwalk gune hp..tapi typo merata..huhuhu


Cara Check Nombor Ahli KWSP & Perkeso

MALAM-MALAM draf guna smartphone, esok siang edit-edit guna laptop & publish! jimat masa, takdelah berejam ngadap laptop menaip..selalu malam-malam je idea mencurah2, nak on laptop mmg tak lakan... hihihi


EmoticonEmoticon