Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Janin Kembar Dalam Perut Remaja Lelaki

Janin Kembar Hidup Dalam Perut Remaja Lelaki 15 Tahun | Gempar bila seorang lelaki berusia 15 tahun hamil anak kembar. Lebih mengejutkan ianya berlaku di Malaysia iaitu di Sungai Petani. Termasuk la aku yang menonton tv semalam, berita di TV3, janin kembar yang terpaksa dikeluarkan dari perut remaja lelaki melalui pembedahan. Tengok gambar macam menggelikan, ngeri. Nampak anggota tangan janin dan rambutnya yang panjang. Korang ada tengok jugak?

 Selepas mengalami sakit perut, muntah-muntah, Shahril terus dihantar ke hospital. Shahril sendiri terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’ yang dikeluarkan menerusi pembedahan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.

janin kembar hidup dalam perut remaja lelaki 15 tahun, lelaki hamil anak kembar, gambar janin kembar dalam perut shahril, apa itu fetus in fetu, punca kembar parasit,  punca janin kembar fetus in fetu
Gambar janin kembar dalam perut Shahril
 Janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.

Apa itu fetus in fetu
1. Kembar parasit atau fetus in fetu adalah satu perkembangan abnormal yang dikenali sebagai janin dalam janin. Seperti mana berlaku pada Shahril, remaja lelaki yang hamil janin kembar/ kembar parasit.
2. Terdapat dua teori bagaimana keadaan tidak normal ini berlaku:
Punca kembar parasit berlaku disebabkan oleh embrio kembar tidak terpisah sepenuhnya dan membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.
Punca janin kembar fetus in fetu juga disebabkan oleh perkembangan teratoma iaitu ketumbuhan terdiri daripada tisu pelbagai jenis yang bentuknya berbeza daripada bentuk asal tisu organ berkenaan.
3. Keganjilan ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran.

Antara kes yang berlaku sama kepada orang lain:
- di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.
- di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.

Selama 15 tahun, janin kembar tersebut berada dalam perut Shahril. Lama-kelamaan janin tersebut membesar, bahkan gaya pemakanan Shahril pun berbeza dari remaja lain, lebih banyak kuantiti makanan dimakan. Rupanya ada yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perutnya. Kes yang sangat unik. Janin kembar hidup dalam perut remaja lelaki 15 tahun. Sungguh luar biasa! Alahmdulillah segalanya kembali normal selepas pembedahan tersebut. Moga Shahril sembuh dengan cepat.
Terima kasih membaca Janin Kembar Dalam Perut Remaja Lelaki

6 comments:

  1. alhamdulillah...akhirnya tahu jugak kenapa sakit tu melarat sampai 15 tahun...nampak kurus je dia kan...

    ReplyDelete
  2. viral dekat fb cerita ni kan?

    ReplyDelete
  3. Kuasa Allah kan.. Yang lebih menakjubkan.. Allah pelihara kesihatan dia.. Dapat hidup elok cuma kuat makan je..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete