Gara-gara artikel lucah yang di share
di group facebook, oleh mereka yang tak bertanggungjawab, mungkin boleh aku
simpulkan, mereka-mereka ini ‘bukan bodoh tetapi bangang’. Tersangat annoying.
Mengganggu konsentrasi kita nak baca facebook.
Malah paling teruk, terasa mata ini
berdosa. Terpandang gambar yang dikongsikan dalam artikel tersebut. Gambar
lucah tersebut bukan virus. Tetapi ianya memang di share oleh mereka pemilik
blog tersebut. Sebab nama pengguna facebook tu serta url link blog tersebut
adalah sama setiap kali adanya aktiviti ping artikel ke group facebook.
Walaupun aku pernah membuat report
pada facebook akan aktiviti mereka ni menge-ping artikel lucah dalam group
facebook. Tapi penyebaran entry lucah semakin banyak dan berleluasa dalam group
tu. Dipendekkan cerita, disebabkan tak tahan..keputusan aku adalah leave group.
Actually group tu aku gunakan untuk
pingkan artikel blog aku. Kadang-kadang la. Sebab aku suka kongsi peraduan
besar-besar dalam group tu. Mana tahu ada ahli dalam group tu berminat nak
join.
Now, secara rasminya aku DAH LEAVE BEBERAPA
GROUP FACEBOOK. Lega. Rasa aman dan tenteram bila skrol dan baca facebook. Tenang..fokus..santai..
Oh ya, buat member se-facebook ku, jangan
add aku kat group-group fb k. Kalau nak add, pm dulu. Bukan apa, nak add aku ke
group iklan bagai, group bisnes la, huhuhu semak la..aku bukan ada barang nak
jual pun. Jugak tak minat nak beli barang-barang online ni. Kalau group fb
bermanfaat ok la jugak macam homeschooling tu, group ibu-ibu, group parenting,
ada la jugak faedahnya. Banyak ilmu.
Wokeh, sekian je la bebelanku kali ni.
Oh ya, korang pun ada jugak masalah macam yang aku hadapi ke? Terganggu dengan
gambar/ artikel lucah, ter-rimas dengan aktiviti menge-add dalam group fb. Macam
mana korang hadapi?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
itu tandanya orang xde keje & buat keje bengong!!!
leave the group jer...
leave je
kan..semak kan kalau banyak group di fb huhu
ada ek yang buat artikel lucah. Tapi setakat ni aku jumpa orang share video perkara yg tak senonoh. - adarain.com
Dolok deras group blogger kat Facebook. Kinek tok dah jarang dah. Sikda entry jwak nak diping kat dalam ya. Malar jak jadi Chipmore tok. Heheh.
http://angellovesoldier.blogspot.com/