Kau Aku Kita Episod Akhir

Sinopsis Kau Aku Kita Episod Akhir (Episod ke 13) Drama TV3 Slot Lestary | Pergaduhan antara Iman (Janna Nick) dan Im Aus (Syarul Ridzwan) semakin kritikal sehinggakan Iman meminta Im Aus menghantarnya balik ke rumah sewa. Disebabkan ingin membiarkan Iman berfikir dengan rasional dia menghantar Iman ke kondonya.

Sinopsis Kau Aku Kita episod akhir (episod ke 13) drama TV3 Slot lestary, gambar, pelakon, akhir cerita drama Kau Aku Kita TV3 tamat, last episode, ending Kau Aku Kita TV3, episod kemuncak, komen drama Kau Aku Kita TV3
Kau Aku Kita Episod Akhir di TV3

Sebelum ini, Iman berang bila mendapati suaminya Im Aus bersengkokol untuk merahsiakan tentang emak dan ayahnya. Rupanya kehilangan emaknya ada kaitan dengan seseorang. Selama Iman hidup, dia menyangka ayah dan emaknya telah meninggal dunia. Rupa-rupanya kedua orang tuanya masih hidup.

Ketika emak Iman sedar dari koma, dia tidak mengetahui anaknya Iman telah berkahwin. Suaminya pula Im Aus mengenali emak Iman semenjak dari kecil. Rupa-rupanya Im Aus yang memberikan nama Iman sebagai IMAN FIRDAUS. Nama yang sama dengan dirinya.

Dari mula lagi hubungan Iman dan Im Aus berantakan. Ini berpunca dari orang ketiga, bekas kekasih lama Im Aus iaitu Dr Aireenie / Reen (Adeline Tsen). Selepas perkahwinannya gagal, Reen nekad ingin memikat Im Aus walaupun dirinya tahu Im Aus telahpun berkahwin. Kehadiran Reen yang menganggu rumahtangga mereka, membuatkan Iman sering berbalah dengan Im Aus.

Hati Iman remuk redam bila insan yang dicintainya telah melukakan hatinya. Itu membuatkan Iman mengambil jalan berpisah. Meminta Im Aus untuk menceraikannya. Im Aus runsing memikirkan permintaan isterinya itu. Jauh di sudut hatinya, hanya Iman sahajalah yang bertakhta di hatinya.

Hubungan Iman dan Im Aus semakin rapuh. Ditambah lagi suaminya merahsiakan mengenai emaknya. Im Aus meminta maaf dan menjelaskan dia tidak berkesempatan untuk berbuat begitu. Malah dirinya juga baru mengetahui berita tentang emaknya itu.

Sinopsis Kau Aku Kita episod akhir (episod ke 13) drama TV3 Slot lestary, gambar, pelakon, akhir cerita drama Kau Aku Kita TV3 tamat, last episode, ending Kau Aku Kita TV3, episod kemuncak, komen drama Kau Aku Kita TV3
Drama Kau Aku Kita Episod 13

Meskipun Iman sering mengungkapkan perkataan berpisah, dia sering menangis keseorangan. Menandakan betapa masih sayang dirinya pada suaminya itu.

Reen telah sedar kesilapannya. Dia datang berjumpa Im Aus dan meminta maaf. Begitu juga terhadap Iman, dia berterus terang dan meminta maaf atas niat tidak baiknya untuk menghancurkan rumah tangga mereka. Dia menjelaskan Im Aus tidak bersalah, hanya dirinya yang beria-ia menggoda Im Aus. Reen meminta Iman kembali semula dengan Im Aus.

Ayah Im Aus iaitu Datuk Ashari Irfan (Shamsul Ghau Ghau) dan isterinya (Kuza) datang melawat emak Iman. Dia menasihatkan emak Iman agar melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Im Aus datang menemui Iman sambil membawakan kasut buruk dan gambar pernikahan mereka. Iman terharu melihat barang lamanya. Air matanya bercucuran menyatakan hatinya telah disakiti Im Aus. Hati Im Aus tersentuh, lalu memegang erat tangannya. Menunjukkan dirinya sentiasa menyayangi isterinya. Mereka berdua kembali hidup bersama dan bahagia. Tamat.

Pelakon Drama Kau Aku Kita TV3
Syarul Ridzwan - Iman Firdaus / Aus
Janna Nick - Iman Firdaus / Iman
Isey Titan - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie
Tunku Hanis - Ku Wafa
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau – Datuk Ashari Irfan
Kuza
 Kay Maria

Gambar Drama Kau Aku Kita Episod Akhir
Sinopsis Kau Aku Kita episod akhir (episod ke 13) drama TV3 Slot lestary, gambar, pelakon, akhir cerita drama Kau Aku Kita TV3 tamat, last episode, ending Kau Aku Kita TV3, episod kemuncak, komen drama Kau Aku Kita TV3

Komen Selepas Menonton Drama Kau Aku Kita TV3
Suka tengok drama Kau Aku Kita ni, terbuai sama tengok konflik antara Iman dan Im Aus. Ni barulah lakonan mantap. Bukan pelakon kayu. Hukhuk.. Baru syok nak tengok setiap episod. Cantiknya Janna Nick, licin je kulit dia.

Tonton Kau, Aku, Kita Slot Lestary
Kau Aku Kita episod akhir - episod 13
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

Baca lagi:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

ala... tak tgk la sis... mesti bestkan episod last ni...

aah best even im aus dan iman ni ada konflik tapi ada jugak part yg kelakar
nasib baik sempat tengok kau aku kita last episode ni

dah abis erk...rietta jrg berkesempatan tgk...ada kesempatan bleh tonton online

assalamualaikum yumida...mmg best tapi last cite ni x sama mcm kat novelnya...;)

oh ye ke jalan cerita drama kau aku kita untuk episod akhir ni tak sama macam novel. tengok kat tv ending drama ni bahagia. iman dan im aus bersatu kembali. tapi kiut la diorang berdua ni. drama yg mencuit hati. ada part kelakar