Sinopsis Kau Aku
Kita Episod Akhir (Episod ke 13) Drama TV3 Slot Lestary | Pergaduhan antara Iman (Janna
Nick) dan Im Aus (Syarul Ridzwan)
semakin kritikal sehinggakan Iman
meminta Im Aus menghantarnya balik ke rumah sewa. Disebabkan ingin membiarkan
Iman berfikir dengan rasional dia menghantar Iman ke kondonya.
Kau Aku Kita Episod Akhir di TV3 |
Sebelum ini,
Iman berang bila mendapati suaminya Im Aus bersengkokol untuk merahsiakan
tentang emak dan ayahnya. Rupanya kehilangan emaknya ada kaitan dengan
seseorang. Selama Iman hidup, dia menyangka ayah dan emaknya telah meninggal
dunia. Rupa-rupanya kedua orang tuanya masih hidup.
Ketika emak
Iman sedar dari koma, dia tidak mengetahui anaknya Iman telah berkahwin.
Suaminya pula Im Aus mengenali emak Iman semenjak dari kecil. Rupa-rupanya Im
Aus yang memberikan nama Iman sebagai IMAN FIRDAUS. Nama yang sama dengan
dirinya.
Dari mula
lagi hubungan Iman dan Im Aus berantakan. Ini berpunca dari
orang ketiga, bekas kekasih lama Im Aus iaitu Dr Aireenie / Reen (Adeline
Tsen). Selepas perkahwinannya gagal, Reen nekad ingin memikat Im Aus walaupun
dirinya tahu Im Aus telahpun berkahwin. Kehadiran Reen yang menganggu
rumahtangga mereka, membuatkan Iman sering berbalah dengan Im Aus.
Hati Iman remuk redam bila insan yang
dicintainya telah melukakan hatinya. Itu membuatkan Iman mengambil jalan
berpisah. Meminta Im Aus untuk menceraikannya. Im Aus runsing memikirkan
permintaan isterinya itu. Jauh di sudut hatinya, hanya Iman sahajalah yang
bertakhta di hatinya.
Hubungan Iman dan Im Aus semakin
rapuh. Ditambah lagi suaminya merahsiakan mengenai emaknya. Im Aus meminta maaf
dan menjelaskan dia tidak berkesempatan untuk berbuat begitu. Malah dirinya
juga baru mengetahui berita tentang emaknya itu.
Drama Kau Aku Kita Episod 13 |
Meskipun Iman sering mengungkapkan
perkataan berpisah, dia sering menangis keseorangan. Menandakan betapa masih
sayang dirinya pada suaminya itu.
Reen telah sedar kesilapannya. Dia
datang berjumpa Im Aus dan meminta maaf. Begitu juga terhadap Iman, dia
berterus terang dan meminta maaf atas niat tidak baiknya untuk menghancurkan
rumah tangga mereka. Dia menjelaskan Im Aus tidak bersalah, hanya dirinya yang
beria-ia menggoda Im Aus. Reen meminta Iman kembali semula dengan Im Aus.
Ayah Im Aus iaitu Datuk Ashari Irfan (Shamsul
Ghau Ghau) dan isterinya (Kuza) datang melawat emak Iman. Dia menasihatkan emak
Iman agar melaporkan kes itu kepada pihak polis.
Im Aus datang menemui Iman sambil
membawakan kasut buruk dan gambar pernikahan mereka. Iman terharu melihat
barang lamanya. Air matanya bercucuran menyatakan hatinya telah disakiti Im Aus.
Hati Im Aus tersentuh, lalu memegang erat tangannya. Menunjukkan dirinya
sentiasa menyayangi isterinya. Mereka berdua kembali hidup bersama dan bahagia.
Tamat.
Pelakon Drama Kau
Aku Kita TV3
Syarul Ridzwan - Iman Firdaus / Aus
Janna Nick - Iman Firdaus / Iman
Isey Titan - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie
Tunku Hanis - Ku Wafa
Janna Nick - Iman Firdaus / Iman
Isey Titan - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie
Tunku Hanis - Ku Wafa
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau – Datuk Ashari Irfan
Kuza
Kay Maria
Gambar Drama Kau
Aku Kita Episod Akhir
Komen Selepas
Menonton Drama Kau Aku Kita TV3
Suka tengok
drama Kau Aku Kita ni, terbuai sama tengok konflik antara Iman dan Im Aus. Ni
barulah lakonan mantap. Bukan pelakon kayu. Hukhuk.. Baru syok nak tengok
setiap episod. Cantiknya Janna Nick, licin je kulit dia.
Tonton Kau, Aku, Kita Slot
Lestary
Kau Aku Kita episod akhir - episod 13
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3
Baca lagi:
5 comments
ala... tak tgk la sis... mesti bestkan episod last ni...
aah best even im aus dan iman ni ada konflik tapi ada jugak part yg kelakar
nasib baik sempat tengok kau aku kita last episode ni
dah abis erk...rietta jrg berkesempatan tgk...ada kesempatan bleh tonton online
assalamualaikum yumida...mmg best tapi last cite ni x sama mcm kat novelnya...;)
oh ye ke jalan cerita drama kau aku kita untuk episod akhir ni tak sama macam novel. tengok kat tv ending drama ni bahagia. iman dan im aus bersatu kembali. tapi kiut la diorang berdua ni. drama yg mencuit hati. ada part kelakar
EmoticonEmoticon