Minggu
lepas hb ada belikan buah durian dan buah rambutan. Excitednya aku bila dengar
hb beli rambutan. Sebab aku ni penggemar buah rambutan. Tak kisah rambutan
merah ke, rambutan kuning, rambutan sekolah, rambutan masam kemerahan pun aku
bedal.
Rambutan
merah yang jenis kopek (mudah tanggal isi dari biji rambutan) hb beli sekilo
pada harga RM8. Agak mahal la harga ni bagi aku. Kalau ditengok kualiti buah
rambutan tu, hmmm tu kategori anak rambutan. Kecil je. Buah rambutan tu bila
dikupas sebesar jari telunjuk aku je. Memang kecik.
Cenggini la rambutan tu. Kredit foto rambutan |
Memandangkan
tekak aku ni nak makan buah rambutan so hb beli je la. Kat sini kalau musim
rambutan, harga boleh dapat RM3 sekilo. Tapi kalau bukan musimnya harga agak
mahal.
Oh ya,
paling murah aku beli rambutan kat Sabah. Harga sekilo RM1 je. Tu time aku nak
konvo. Tak dapat beli banyak. Hanya beli untuk makanan sendiri je. Adik ipar
aku pun terkejut giler tengok rambutan semurah tu. Ah..rindu pulak aku kat bumi
Sabah, seronoknya kalau jenjalan kat KK tu. Puas cuci mata. Banyak barang
dijual kat sana.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
Mahalnya harga rambutan... biasa ratenya dalam RM3-3.50 sekilo jer...
Itu pun masa musim buah pun baru dapat harga murah gitu kak. Sekarang bukan musim, rambutan kampung pun dah RM6 kat sini T_T
rm1 sekilo? murahnyer..
mahal gak bagi kak ana Yumida, selalu kat sini bila musimnya dapat 3 kilo RM10 .