Selamba Buang Sampah Ke Dalam Sungai | Masa on the way ke Sibu melalui Jalan
Selangau, aku tertengok seorang lelaki membuang 1 plastik hitam sampah besar ke
dalam sungai. Reaksi aku pada awalnya terkejut! Terkejut melihat caranya yang
selamba melempar bungkusan sampah ke sungai tanpa rasa bersalah, tanpa rasa
ragu-ragu.
Buang sampah sarap ke dalam sungai |
Tetibe
aku rasa sakit hati. Melihat kemalasannya nak buang sampah tu kat tong yang
disediakan. Ambik senang, buang je segala-galanya kat sungai. Kononnya ikan-ikan
tu nanti telan dan lenyapkan sampah yang dia buang tadi. Dasar tak ada
kesedaran sivik. Nak kata dia tak larat jalan kaki ke tempat tong sampah macam
tak logik. Usianya masih muda. Masih kuat.
Kesan akibat membuang sampah ke dalam sungai. Sungai penuh dengan bungkusan plastik sampah! |
Kat
sekolah kita dah dididik jangan membuang sampah merata-rata, jangan buang
sampah ke dalam sungai. Apatah lagi kat rumah, try la buang sampah bawah
kerusi, bawah meja, kejap lagi kena cubit. Bila dah besar panjang, harusnya
kesedaran dalam diri tu ada. Aplikasikan apa yang kita belajar kat sekolah
dalam kehidupan seharian kita.
Tin
minuman, tisu, plastik gula-gula pun akan aku kumpul dalam satu plastik, bila
berhenti kat mana-mana baru buang ke dalam tong sampah. Tak kisah la tong
sampah kedai ke, tong sampah petronas, tong sampah shell, tong sampah R&R,
jangan buang sampah menerusi tingkap kereta yang pastinya sikap sebegini
menjadi punca mengapa banyaknya sampah sarap sepanjang jalan raya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Kotornyaaaaa.
perggggggggggggggh
Assalammualaikum... yumida,
naper dia orang ambil sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Membuang sampah sesuka hati.. tak patut.
mselim3
Sibu Sarawak kan?? Pergghhhhh pengotor gile.
wsalam, sikap pengotor dan pemalas macam ni mencemarkan alam dan sungai
ya sibu tu terletak di sarawak. yang gambar sampah sarap tu di ambil dari gambar google, bukan situasi kat sibu tu. gambar tu gambaran kesan jika sikap membuang sampah ke dalam sungai tak ditangani dan berlaku berterusan. ya membuang sampah sesuka hati adalah sikap orang yg pengotor
geli kan tengok sampah bertimbun macam tu kat sungai