Antara
rahsia kemustajaban doa ialah apabila seseorang itu apabila terjaga di malam
hari, terus mengingati Allah dengan segala kebesaranNYA dengan melafazkan wirid
yang diajar oleh Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari dan
selainnya;
من تَعَارَّ من الليلِ فقال : لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ ، لهُ المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، ثم قال : اللهمَّ اغفرْ لي ، أو دعا ، استُجِيبَ لهُ ، فإن توضَّأَ وصلَّى قُبِلَتْ صلاتُهُ
Maksudnya: "Sesiapa yang terjaga pada waktu malam, lalu menyebut :
لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ.، له المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ،
Kemudian
menyebut: Ya Allah ampunilah daku, ataupun dia berdoa dimustajabkan doanya,
ataupun dia berwuduk dan solat, diterima solatnya."
Hadis
ini memberitahu kita antara rahsia doa mustajab. Ini kerana seseorang hamba
Allah apabila terkejut jaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan
menyebut perkataan-perkataan yang dinyatakan itu, yang mempunyai makna tauhid,
memuja dan memuji Allah serta mensucikanNYA, pasti dia akan dikasihi Allah.
Apa
tidaknya, ketika akal masih baru sedar, namun jiwa dan minda terus tertumpu
menyebut perkataan-perkataan yang mulia di sisi Allah dengan menghayati
maknanya. Maka doanya akan dimustajabkan oleh Allah yang menyukai
hamba-hambaNYA yang menyebut perkataan-perkataan itu dengan tujuan memuja dan
memuji kebesaranNYA. sumber
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓