Sinopsis Istikharah Cinta TV3

Sinopsis Istikharah Cinta Drama TV3 Slot Akasia
Istikharah Cinta mengisahkan sebuah perkahwinan yang diuji oleh jarak dan masa, yang mana berakhir dengan perceraian. Airil (Zul Ariffin) dan Aiza (Nonny Nadhirah) bercerai hanya selepas setahun berkahwin dengan alasan tak sehaluan. Punca sebenar perceraian itu kerana Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil. Walaupun sedih, Airil akur dengan keputusan isterinya.

Walaupun belum habis tempoh edah, Aiza kelihatan berpeleseran dengan kekasih hatinya. Situasi itu mengundang gosip di kalangan rakan sekerja Airil. Alisya (Lia Natalia) dan Taufiq (Azizul Ammar) rakan sekerja Airil, sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

Selepas sahaja habis tempoh edah, Aiza berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Hasil perkahwinan itu, Aiza dan suaminya dikurniakan seorang anak. Walaupun telah 4 tahun berlalu, Aiza sering sahaja membandingkan kebaikan hati bekas suaminya dengan Dr. Rizal. Baginya, kesibukan Dr. Rizal di hospital menyebabkan dirinya rasa terabai oleh suaminya. Keadaan itu mencetuskan rasa marah di hati Dr. Rizal.

Airil semakin sibuk dengan kerjayanya. Suatu hari, ketika Airil menikmati hidangan makanan tengah hari. Dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang tiba-tiba duduk semeja dengannya. Mulutnya yang asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.

Memandangkan restoren itu berada berdekatan rumahnya, Dina (Faye Kusairi) sering menjamu hidangan di situ. Namun, waktu puncak telah menyebabkan tiada tempat duduk untuknya di restoren itu. Dina tidak patah semangat, matanya meliar mencari kerusi kosong. Sah! Memang ada kerusi kosong untuknya bersantap di situ!

Kehadirannya mengejutkan seorang jejaka kacak di hadapannya. Kenal tidak, persila duduk di situ pun tidak. Dina memang muka tebal. Tanpa mengenali jejaka itu, mulutnya rancak mengomel. Siapa sangka jejaka itu bakal menjadi insan istimewa di hatinya! Takdir Airil dan Dina dipertemukan di restoren itu. Saksikan adegan mencuit perasaan, pertembungan antara Airil dan Dina. Kisah percintaan romantis menerui drama TV3 Istikharah Cinta.

Pelakon Istikharah Cinta
Zul Ariffin – Airil
Faye Kusairi – Dina
Nonny Nadhirah – Aiza
Lia Natalia – Alisya
Syazwan Zulkifli – Hanafis
Nizen Ayob – Dr. Rizal
Azizul Ammar – Taufiq

Gambar Istikharah Cinta 
Sinopsis Istikharah Cinta, review drama Istikharah Cinta, sinopsis episod drama Istikharah Cinta, gambar drama TV3 Istikharah Cinta, pelakon Istikharah Cinta, drama Istikharah Cinta slot Akasia TV3

Tonton Istikharah Cinta di kaca tv:

Drama Istikharah Cinta merupakan drama terbaru di slot Akasia. Drama ini telah menggantikan drama Bila Hati Berbicara. Nak tahu apakah kesudahan drama tersebut? Jom baca: Bila Hati Berbicara Episod Akhir. Manakala apakah kesudahan drama Istikharah Cinta Episod Akhir kelak? Sama-sama kita tonton di TV3.

Saksikan Istikharah Cinta
Jumlah episod drama Istikharah Cinta: 26
Drama slot Akasia
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

4 comments

semalam baru ditayangkan episod 2. bikin excited nak tengok episod seterusnya Istikharah Cinta.

Dah tengok dari episod pertama.Memang best sangat2......

tag,...

http://www.syuhadasalleh.my/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html


EmoticonEmoticon