Sinopsis Yassin Buat Bidadari

Sinopsis Yassin Buat Bidadari TV2
Yassin Buat Bidadari mengisahkan Tuan Baharuddin berdepan konflik jiwa. Dia hartawan berjaya dalam perniagaan tetapi merasakan jiwanya kosong disebabkan tidak pandai membaca surah Yasiin dan ayat al-Quran. Dia sering bermimpi sebuah keranda diusung turun dari banglo mewahnya tetapi tidak tahu siapa yang meninggal dunia. Dengan rasa rendah diri, Tuan Baharuddin berkongsi perasaan dengan Kadir, tukang sapu di syarikatnya namun selalu menjadi imam apabila sembahyang berjemaah.

Kadir menasihati Tuan Baharuddin supaya kembali belajar mengaji dari awal selagi umurnya masih ada. Kadir mencadangkan majikannya pergi ke sekolah pondok supaya dapat memberi tumpuan kepada pengajian berkenaan. Ketika Tuan Baharuddin belajar mengaji di sekolah pondok, dia diuji apabila anaknya Idayu meninggal. Dia juga mengetahui isteri mudanya, Norlaily menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain manakala isteri pertamanya Latifah menghidap barah payudara.

Bagaimanakah Tuan Baharuddin mengharungi segala ujian ini? Padahal dirinya baru sahaja mendekati agama. Berjayakah beliau memimpin isteri keduanya untuk kembali ke pangkal jalan? Bagaimana beliau menenangkan Latifah yang turut sama diberi ujian berat. Saksikan segalanya dalam drama penuh keinsafan: Yassin Buat Bidadari.

Sinopsis Yassin Buat Bidadari, drama Yassin Buat Bidadari TV2, pelakon Yassin Buat Bidadari, gambar Yassin Buat Bidadari, review Yassin Buat Bidadari, telefilem keinsafan Yassin Buat Bidadari

Pelakon Yassin Buat Bidadari
Lydiawati, Wan Sharmila, Omar Abdullah, Nabil, Azza dan Namron.

Gambar Yassin Buat Bidadari
Saksikan drama Yassin Buat Bidadari
Tarikh Yassin Buat Bidadari mula disiarkan: 20 Disember 2014
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon