Sinopsis Mukhlis TV2

Sinopsis Mukhlis Drama Selekta Prima TV2
Mukhlis mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang bernama Haikal / Mukhlis (Shaarnaz Ahmad Basir). Mukhlis merupakan seorang pemuda yang telah lama tinggal di Kuala Lumpur. Mukhlis membuat keputusan untuk balik ke kampung. Ketibaan Mukhlis disambut gembira oleh Mak Jah (Norlia Ghani).

Hati Mukhlis terpaut dengan seorang gadis bernama Sofea (Elfaeza Ul Haq). Sofea merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah tidak jauh dari kampung Mukhlis. Hubungan mereka begitu akrab. Kehadiran Mukhlis di kampung banyak membantu penduduk lain. Bila mana Mukhlis menawarkan diri memberi bantuan kepada Budin (Gebob).

Sebelum ini, Budin bekerja sebagai pemandu lori membuat penghantaran hasil tanaman orang kampung. Uncle Fuad (Datuk Zulkifli Zain) merupakan majikan Budin dan sering menindas orang kampung. Dengan membuat bayaran rendah pada tanaman orang kampung.

Suatu hari, Budin tidak dapat mengangkut tanaman orang kampung kerana lorinya telah rosak. Mukhlis datang membantu dengan membuat tawaran pada Budin agar menjadi peraih, bekerja sendiri tanpa melalui Uncle Fuad. Budin teruja mendengar rancangan Mukhlis.

Mukhlis membelikan lori baru kepada Budin. Bermula hari itu, Budin bekerja sebagai peraih. Orang kampung juga gembira membuat urusan jual beli dengan Budin, kerana Budin memberikan harga lebih baik berbanding Uncle Fuad.

Melihat perniagaanya merosot, Uncle Fuad berasa sakit hati. Dia cuba merencana rancangan jahatnya untuk menghancurkan perniagaan Budin. Budin bertambah sedih apabila tayar lorinya bocor akibat perbuatan khianat. Mukhlis menuntut bela untuk sahabatnya Budin. Saksikan kisah pengkhianatan, iri hati dan dendam menerusi drama Mukhlis ini di TV2.

Pelakon Mukhlis
Shaarnaz Ahmad Basir – Haikal / Mukhlis
 Elfaeza Ul Haq - Sofea
 Adeline Tsen - Linda
 Ako Mustapha - Razlan
 Norlia Ghani – Mak Jah
Datuk Zulkifli Zain – Uncle Fuad
Manan Holio – Ad (Peguam Haikal)
Hanis Idrus – Sue
Heriyanto – Omar
Mazlan Anak Wayang – Sudin
Gebob – Budin
Mimi Ernieda – Seri
Ieka Zulkifli - Zana

Gambar Mukhlis
Sinopsis Mukhlis Drama Selekta Prima TV2, gambar drama Mukhlis, pelakon Mukhlis tv2

Saksikan drama selekta Prima Mukhlis
Jumlah episod Mukhlis: 26
Hari: Selasa - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

14 comments

Ako Mustapa tu belakon lagi rupanya..cemana la rupa dia sekarang ye??lama dah tak tengok dia belakon..

Apa tajuk soundtrack drama nie????

aah saya pun tertarik sountrack drama mukhlis ni, tapi tak tahu tajuk lagunya.

Thanks for sharing. Btw saya suka sangat drama ni. Jemput singgah blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

soundtr cte ny waktu nyanyian sabhi sadhi

soundtr cte ny waktu nyanyian sabhi sadhi

Lagu Soundtrack Drama Mukhlis Ni pa ya

Lagu Soundtrack Mukhlis Apa yA

Lagu Soundtrack Mukhlis Apa yA

Lagu Soundtrack Drama Mukhlis Ni pa ya

Lagu Soundtrack Drama Mukhlis sy kurang tahu jugak. tapi lagu dia sgt best kan..

Sesunggunya Cinta - Sabhi Sadhi
Muhasabah Cinta - Azzam Sham


EmoticonEmoticon