Kesan Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia - Pelaburan & Pelancongan

Serius, aku ingatkan bila nilai Ringgit Malaysia (RM) jatuh hanya undang benda negatif je. Rupanya kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) ada kebaikannya. Aku baca paper semalam, kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi. Oooo…baru aku teringat masa aku form 6 dulu, ada belajar tentang ni.

Kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) pada pelaburan dan pelancongan, punca nilai Ringgit jatuh, kejatuhan nilai Ringgit bantu pulihkan ekonomi, nilai mata wang Ringgit Malaysia jatuh, gambar duit kertas Malaysia

Sekarang ni, nilai ringgit kita telah jatuh. So, bila mata wang kita lebih rendah daripada nilai ringgit asal, ia akan menarik pelabur lain untuk melabur. Peluang bagi mereka menjana keuntungan. Sebab boleh melabur pada nilai ringgit yang rendah. Pada masa yang sama, disebabkan ramai pelabur tertarik ketika jatuhnya nilai Ringgit Malaysia, sekaligus ia dapat membantu memulihkan ekonomi negara.

Untuk sektor pelancongan pula, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia bakal menggalakkan pelancong untuk bercuti di negara kita. Bila nilai Ringgit Malaysia jatuh dari harga asal, kelebihan bagi pelancong asing membuat penukaran mata wang negara kita untuk membeli-belah kat sini. Nilai tukaran mata wang mereka jadi lebih besar. So, memang shopping sakan la mereka nanti. Seterusnya, ia memberi kelebihan buat negara kita di mana aliran wang masuk hasil shopping pelancong asing tu tadi. Sekaligus menjana ekonomi negara.

Hope kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) tak berlaku untuk jangka masa yang panjang. Sebab kita memang sentiasa target nilai wang kita naik. Di aras yang normal. Moga-moga dengan perancangan strategi dijalankan ketika kejatuhan nilai ringgit kita, akan memulihkan ekonomi negara. Kalau nak tahu, punca kejatuhan nilai Ringgit Malaysia kita disebabkan kejatuhan harga minyak dunia termasuk komoditi mentah (getah dan kelapa sawit). Huhu..memang bagi effect besar harga minyak dunia jatuh.

9 comments

moga akan kembali pulih seperti biasa

Untung kalau pengiklan yang berurusan dalam USD... Boleh dapat lebih :)

aah tgh target nak dptkan 200USD iklan geniee ni. insha Allah..kumpul3x

oo baru tau..punyalah kita risau

pray for Malaysia..effect utk freelancer macam sayeT.T

Selamat Sejahtera,

Artikel anda memang baik! Bolehkah anda luangkan sedikit masa untuk layari laman web kami http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ ?

Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Operion servis untuk membina laman web E – Dagangan dan juga web informasi.

Operion menyediakan perkhidmatan dan reka bentuk laman web,aplikasi e-dagang untuk mengukuhkan perniagaan dan strategi pemasaran internet anda.

Terima Kasih.


EmoticonEmoticon