Kelebihan & Manfaat Berkhatan │ Bersunat

Baru je minggu lepas anak buah hb aku berkhatan. Kalau kat sini, berkhatan biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah iaitu hujung tahun. Apa itu berkhatan atau bersunat? Maksud berkhatan adalah memotong kulit di hujung kemaluan lelaki yang biasanya dipanggil kulup (foreskin).

Kalau dulu kan, berkhatan ni amat digeruni oleh budak-budak lelaki. Coz zaman dulu tak macam sekarang, zaman moden. Guna bius, buat pembedahan, then tak lama luka berkhatan akan cepat pulih. Kalau dulu selalu je orang tua-tua cerita, kena berendam kat sungai seharian, kasi badan kebas, then guna pisau yang diasah. Huish dengar je dah gerun.

Kelebihan berkhatan, manfaat bersunat, kebaikan berkhatan, tujuan khatan, maksud khatan dan sunat, harga upah bayaran khatan, kesan tidak berkhatan, hukum wajib berkhatan, gambar berkhatan bersunat, orang bukan Islam berkhatan

Bayaran khatan anak buah aku tu dikenakan RM75. Aku rasa harga upah khatan ni bergantung kepada orang dan tempat. Ada jugak aku dengar bayaran upah khatan RM100. Kalau kat klinik atau hospital, tak tahu lak berapa diorang caj. Kat tempat korang berapa erk harga upah khatan ni?

Kelebihan Berkhatan Bersunat
Dari sudut kesihatan, kelebihan berkhatan ialah seseorang dapat mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat terutama bagi wanita serta memberi keselesaan sewaktu bersetubuh.

Sains membuktikan amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan. Antara hasil kajian yang nyata mendapati kadar kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi.
Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan.

Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 jelas menunjukkan berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Kesimpulan daripada kajian ini mencadangkan lelaki digalakkan berkhatan untuk mengurangkan penularan wabak HIV di kawasan pinggir Sahara Afrika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan antara program mencegah HIV ialah dengan menggalakkan amalan berkhatan.

Berkhatan juga mengurangkan insiden jangkitan HSV-2 sehingga 28 peratus dan berkait dengan penurunan prevalen HPV dan risiko jangkitan kuman saluran kencing. Manfaat khatan juga dapat mengurangkan risiko isteri mendapat kanser pangkal rahim. Sumber: Kelebihan berkhatan

Kesan Tidak Berkhatan
Wujud kotoran yang berkumpul di antara kulup dan kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar.

Mengetahui banyaknya kelebihan berkhatan, ia bukan sahaja dilakukan oleh masyarakat beragama Islam, bahkan ia turut diikuti oleh masyarakat lain. Kalau kat tempat aku, kanak-kanak Iban dan juga Melanau pun turut berkhatan. First time aku dengar pun pelik. Eh ada jugak erk orang bukan Islam berkhatan. Dah lama-lama duduk kat sini, oooo rupanya amalan berkhatan ni diorang amalkan sejak dulu lagi. Walaupun berada di kawasan pedalaman namun kesedaran masyarakat tentang manfaat berkhatan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk khatankan atau sunatkan anak mereka. Bagus la tu kan, benda baik memang harus dibuat. 

12 comments

Yup. Penting berkhatan ni. Menjaga kebersihan diri. InsyaAllah, nanti nak khatankan anak saya bila dh sampai waktunya. InsyaAllah.

Sekarang dah canggih kan? Pakai clamp ajer...

Betul tu...sbb tu sunnah berkhatan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi...tapi skrg jrg org buat terlalu awal mcm tu..Anak akak pun 2 tahun yg lepas masa djh 3..bayaran RM150 utk kaedah laser :-)

my fren chinese pun nak khatan kan anak dia... sbb memang elok. elak penyakit =D

Yang terbaru kaedah laser Farah..clamp tu previous punya :-)..laser kalau betul pantang 4-5 hari inshaaAllah dah boleh pakai seluar yg lembut :-)

banyak manfaat dan kebaikan dari segi kesihatan.. bagus

betul banyak kelebihan dengan bersunat nih.. anak yang kecil pun dah mintak nak bersunat..

ooo baru tahu manfaat berkhatan ni ^^

masih ingat lagi jaga adik time khatan. hehe btw khatan mmg byk kelebihan & salah satu kewajipan dlm islam

Banyak manfaat berkhatan ni ya ...Nice sharing Yumida


EmoticonEmoticon