Sinopsis
Novel Destinasi
Impian
Destinasi Impian
mengisahkan tentang Firdaus, anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan
bersama empat kakak dan seorang adik perempuan. Tidak seperti rakan-rakan sama
jantina dan seusianya yang gemar melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran
membuatkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas,
menggubah bunga atau membaca majalah hiburan.
Wataknya yang juga digambarkan sebagai
anak manja ini menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-rakan,
termasuklah adik perempuannya, Azlina yang lebih optimis dan berani.
Suatu hari, Firdaus, Azlina dan
seorang lagi sepupu mereka telah dicabar oleh datuk mereka untuk mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Pantai Morib.
Firdaus tidak gemar dengan aktiviti
itu namun disebabkan ia adalah satu cabaran dan Azlina serta sepupunya juga
bersungguh-sungguh mencabarnya, maka dia menyahut juga cabaran itu walaupun
dengan rasa berat hati.
Untuk sampai ke destinasi impiannya,
Firdaus bukan sahaja sering merungut, malah perlu berdepan cabaran dan
halangan, termasuklah diejek dan disindir oleh Azlina yang sebenarnya mahu
abangnya menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati dan seorang abang.
Firdaus hampir putus asa, namun
perjalanan itu sendiri telah memberikannya pengajaran dan pengalaman baharu
untuk diri dan kehidupannya.
Kengkadang perwatakan lembut lahir
semulajadi dalam diri seseorang. Bila dah terbiasa, tanpa teguran ahli
keluarga, gaya kita akan menjurus ke arah kelembutan. Lebih parah lagi bila
rakan-rakan mengusik, mengejek. Itulah dugaan paling besar buat mereka yang
berperwatakan lembut. Kesian kan. Nak tahu bagaimana Firdaus menghadapi segala
cabaran dalam hidupnya, jangan lupa pinjam novel Destinasi Impian dari pelajar tingkatan satu. Kredit: Sinopsis Destinasi Impian
Novel Destinasi Impian mengisahkan seorang lelaki lembut telah dijadikan sebagai
subjek Komponen Sastera (Komsas) bahasa Melayu pelajar Tingkatan Satu. Ini bermakna,
anak-anak anda mahupun anak buah anda yang berada di tingkatan 1 tahun 2015
kelak, akan mempelajari kisah kehidupan lelaki lembut bernama Firdaus. Banyak
nilai-nilai murni atau pengajaran yang boleh kita ambil menerusi novel Destinasi Impian ni. Novel Destinasi Impian merupakan
karya Mohd Ismail Sarbini.
4 comments
terbaik
teruja pulak rasanya nak baca novel ni...ada sesapa yang adik anak belajar tingkatan satu, bagi pinjam sat :)
wahhh macam best je..lain negeri lain buku komsas nye kan??tu batch 94 laa
Macam best jer
EmoticonEmoticon