Giveaway - Birthday Syira Lokman

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 28/05/2014

As salam buat rakan pembaca,

Dengan berbesar hati Yumida ingin menyeru rakan blogger sekalian untuk menjoinkan diri untuk giveaway ni. Giveaway gempak! Tak lain tak bukan GA dari blogger Syira Lokman.

Giveaway Birthday by Syira Lokman

Kenal Syira Lokman? Syira merupakan seorang blogger, wajahnya pernah terpampang di dada media bulan April lepas. Artikel: Blogger Syira Lokman di Harian Metro. Walaupun usianya masih muda, namun berbakat dalam nukilan puisi. Malah, isi penyampaian entrynya juga terkandung mesej. Berpegang kepada kata-kata ini, Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti’, amat menyentuh hati. Moga kita sama-sama jadikan pedoman dalam berblogging.

Buat Syira, Yumida nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 20 tahun pada 20 Mei ni. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesempatan buat diri kita dengan bertambahnya angka usia kita. Yumida berharap agar segala impian Syira bakal tertunai suatu hari nanti. Dipermudahkan segala urusan harian. Dipertemukan jodoh dengan insan terbaik. Juga bakal menjadi seorang blogger yang dikenali ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam juga di serata dunia.


Doa di hari lahirmu Syira Lokman

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran rakan bloggerku ini... Syira Lokman. Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun yang sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan diredhai olehMu. Ya Allah...Kau bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.

Ya Allah..

Ku panjatkan kesyukuran padaMu..kerana masih lagi memberi nafas buat rakan bloggerku.. Syira Lokman. Menginjak angka usia ke satu tahun lagi...Alhamdulillah. Sempena di hari kelahirannya ini, aku memohon kepadaMu..kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,  terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..

HambaMu ini mengakhiri dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada rakan bloggerku ini Syira Lokman. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Jadikanlah dia sebaik-baik wanita iaitu muslimah sejati.

Amin Ya Rabbal A’lamin.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Goodluck ;)

Zara pon join ! all the best ! =D

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH SUDI JOIN YE :)
JOM CHECK LINK ANDA..
http://syiralokman.blogspot.com/2014/05/senarai-peserta-giveaway-birthday-syira.html
DAH FOLLOW SEMUA SYARAT KE ? :)
NANTIKAN PENGUMUMAN PEMENANG BEBERAPA HARI LAGI YE :)
ALL THE BEST !