Sinopsis Fajar Aiman
Fajar
Aiman drama mengisahkan hubungan istimewa mereka
dengan lelaki bernama Suffian (Fauzi
Nawawi). Suffian merupakan ayah kepada Fajar tetapi melalui hubungan
terlarang bersama ibu Fajar iaitu Erma (Farah Ahmad). Suffian berjanji kepada
Erma akan bertanggungjawab tetapi janji itu tidak ditunaikannya. Semasa Suffian
menyatakan hasratnya ingin berkahwin dengan Erma kepada kakaknya iaitu Mariah
(Emma Akma Yunus). Niat itu ditentang sekeras-kerasnya! Bagi Mariah, Erma yang
sanggup menggadaikan maruah dirinya bukanlah golongan orang yang baik. Malah
Mariah memujuk Suffian agar mengahwini Najwa (Watie Sadalie). Anak orang kaya
yang mempunyai syarikat besar.
Akhirnya,
Suffian termakan pujukan kakaknya. Niat mengahwini Erma dibatalkan. Tetapi
meneruskan hasrat berkahwin dengan Najwa demi mencapai kepentingan dirinya. Dia
ingin mentadbir syarikat besar milik ayah Najwa.
Siapa
sangka, anak orang kaya itu iaitu Najwa mempunyai sejarah hitam! Najwa seorang
gadis yang gemar bersosial sehingga suatu hari dia disahkan mengandung! Najwa
panik! Kerana dia sendiri tidak tahu siapa ayah kandung kepada bayinya. Malah
ayahnya sering mendesak dirinya berterus-terang akan siapa bapa bayi tersebut. Ayahnya
mahu, lelaki yang mengandungkan Najwa bertanggungjawab! Tetapi hampa kerana
Najwa sendiri tidak dapat memastikan lelaki yang mengandungkannya.
Najwa
telah melahirkan seorang bayi lelaki, lantas diberikan kepada Mak Som (Kismah
Johar), orang gajinya. Bayi tersebut dinamakan Aiman (Syarul Ridzwan).
Pada
masa yang sama, Erma yang pernah mempunyai hubungan terlarang bersama Suffian
telah melahirkan bayi perempuan. Bayi tersebut dinamakan Fajar (Faralyna Idris).
Pada awalnya, Erma bertekad ingin meninggalkan bayinya di depan surau. Erma
berharapan agar bayi tersebut diambil dan dijaga oleh orang alim. Sedang Erma
ingin meletakkan bayi tersebut di hadapan surau, tanpa disedari perbuatannya
dilihat oleh Shafie (Azhan Badi).
Shafie,
merupakan anak saudara Mak Som. Ingatkah lagi akan bayi lelaki yang bernama
Aiman yang dijaga oleh Mak Som? Bayi tersebut milik Najwa, isteri kepada
Suffian. Shafie menasihati Erma agar menjaga bayi tersebut. Justeru itu, Shafie
kepada Erma, akan bertanggungjawab bersama-sama membesarkan Fajar. Biarpun
Fajar bukan anaknya sendiri.
Melihat
akan keikhlasan Shafie, Erma akhirnya berkahwin dengan Shafie selepas 5 tahun
membesarkan Fajar. Pada masa yang sama, Aiman di bawah jagaan Shafie. Fajar dan
Aiman membesar bersama-sama.
Sehingga
mereka meningkat dewasa, hubungan mereka sangat akrab. Fajar dan Aiman juga
mengetahui bahawa mereka bukan adik beradik kandung. Masing-masing menaruh
perasaan sesama mereka. Oleh kerana Aiman berstatus anak luar nikah, Aiman
hanya menyembunyikan perasaannya. Begitu jua dengan Fajar, dia sendiri tidak
berani berterus-terang akan perasaannya terhadap Aiman.
Selepas
sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Mereka menyesal atas
kesilapan mereka suatu ketika dahulu. Yang mana, Najwa telah meninggalkan
anaknya di bawah jagaan orang lain tanpa mempedulikan anaknya lagi. Suffian
pula berasa bersalah kerana tidak bertanggungjawab akan bayi yang dikandungkan
oleh Erma.
Namun
segalanya telah berlaku, berpeluangkah Najwa dan Suffian menebus kesilapannya?
Dapatkah mereka menjejak kembali anak masing-masing? Fajar, Aiman, Erma…adakah
mereka akan bertembung mata dengan Suffian dan Najwa? Bagaimana pula dengan
reaksi Erma terhadap Suffian yang membesarkan Fajar sendirian? Malah
membesarkan anak Najwa iaitu Aiman, anak yang mempunyai hubungan darah dengan
isteri kekasihnya, Suffian. Sama-sama kita saksikan dalam Fajar Aiman di
TV3.
Gambar Fajar Aiman
Pelakon Fajar Aiman
Syarul
Ridzwan – Aiman
Faralyna
Idris – Fajar
Fauzi
Nawawi – Suffian
Watie
Sadali – Najwa
Azhan
Badi – Shafie
Farah
Ahmad – Erma
Emma
Akma Yunus - Mariah
Mahmud
Ali Bashah - Bokhari
Hamidah
Wahab – Aishah
Kismah
Johar – Mak Som
Idzham
Ismail - Eddie
Fajar
Aiman merupakan drama terbaru di slot Azalea TV3. Fajar
Aiman menggantikan drama Janji Jaslina yang telah tamat minggu lepas. Nak
baca sinopsis akhir Janji Jaslina? Terjah: Janji Jaslina Episod Akhir.
Drama
Fajar Aiman hangat menyengat di tv! Baca:
Saksikan
drama slot Azalea Fajar Aiman
Hari:
Isnin – Khamis
Jam:
4 petang – 5 petang
Saluran:
TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
Sinopsis macam best ;)
mcm best ja citer nih..blm bkesempatan nak tgk..
slalunya tv3 bestt ja slot azalea.. ## ad msa tngok neh .. tonton hadoo.. hehe
Keje time nie
Klau fajar ngn aiman akhirnya bersatu kan best ♥♡