Hello Mr Perfect Episod Akhir

Sinopsis Hello Mr Perfect Episod Akhir (Episod ke 28) Drama TV3 Slot Akasia | Izzul (Fattah Amin) berusaha memujuk isterinya Alya (Ruhainies). Alya pula cuba mengelak dirinya daripada Izzul. Izzul tidak berputus asa, dia melakukan apa sahaja agar Alya kembali padanya.

Sinopsis Hello Mr Perfect episod akhir (episod ke 28) drama TV3 Slot Akasia, Hello Mr Perfect episod akhir, sinopsis episod terakhir Hello Mr Perfect, gambar, pelakon, drama Hello Mr Perfect tamat, last episode, ending Hello Mr Perfect, episod kemuncak, komen drama Hello Mr Perfect, biodata pelakon Hello Mr Perfect TV3
Hello Mr Perfect Episod Akhir disiarkan pada 17 November 2015

Namun insiden tak sengaja berlaku di set penggambaran Aizat (Ammar Alfian). Semasa Alya sedang berborak dengan Aizat, dia hampir terjatuh dan Aizat serta merta menyelamatkan Alya. Alya berada dalam dakapan Aizat. Kebetulan, Izzul berada di tempat itu.

Hati Izzul hancur melihat isterinya dengan lelaki lain lantas segera berlalu dari situ. Alya cuba mengejar Izzul tapi gagal. Izzul telah meninggalkan set penggambaran. Alya cuba menghubungi Izzul untuk menerangkan hal sebenar tapi panggilannya tidak dijawab. Alya resah memikirkan insiden yang berlaku petang itu.

Alya ke rumah keluarga Izzul dan berjumpa dengan ibu mertuanya Datin Seri Rosni (Fiza Halim). Melihat keadaan Alya yang gundah gulana itu, Datin Rosni cuba membantu. Dia memberitahu Alya lokasi kegemaran Izzul yang anaknya suka pergi.

Tanpa melengahkan masa, Alya segera ke tempat itu. Alya meminta maaf pada suaminya. Izzul terharu melihat Alya kembali semula kepadanya. Izzul melupakan segala apa yang telah terjadi, dia ingin memulakan kehidupan baru bersama isteri tercintanya.

Alya berjumpa semula dengan Aizat, kali ini ditemani suaminya. Alya memperkenalkan Izzul kepada Aizat. Melihat Alya kini bahagia bersama suaminya, Aizat mula memikirkan hubungannya dengan Sofi (Elya Miera). Ketika Aizat cuba memulihkan hubungan mereka, Sofi menrangkan dia sudah membuat keputusan. Sofi memikirkan masa depannya, dan dia ingin melanjutkan pelajarannya semula.

Ayah tiri Alya iaitu Omar ( Zaidi Omar) dan juga Rahim (Azlan Mokhtar) telah ditangkap oleh polis. Mereka di dakwa atas banyak kesalahan jenayah.

Alya menyulam bunga cinta bersama suaminya. Mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. – Tamat -

Pelakon Drama Hello Mr Perfect TV3
Fattah Amin - Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah - Alya Adriana / Nurul Ain
Rafiq Razali - Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah - Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar - Rahim
Mimi Ernida – Lina
Elya Miera – Sofi
Zaidi Omar - Omar
Nafiez Zaidi - Azizi
Keena Mentor - Hana
Afzan A.Rahman - Fauzi
Kay Maria - Mak Temah
Eizlan Yusof - Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim - Datin Seri Rosni
Chomel Fana - Amani
Ammar Alfian – Aizat

Gambar Drama Hello Mr Perfect Episod Akhir
Sinopsis Hello Mr Perfect episod akhir (episod ke 28) drama TV3 Slot Akasia, Hello Mr Perfect episod akhir, sinopsis episod terakhir Hello Mr Perfect, gambar, pelakon, drama Hello Mr Perfect tamat, last episode, ending Hello Mr Perfect, episod kemuncak, komen drama Hello Mr Perfect, biodata pelakon Hello Mr Perfect TV3

Komen Selepas Menonton Drama Hello Mr Perfect
Tamat dah drama Hello Mr Perfect.. horrey! Akhirnya..selepas lama menanti. Pastinya penonton lain teruja nak tengok drama terbaru yang ditayangkan bermula hari ni. Drama berjudul: Sinopsis drama Akulah Balqis TV3.

Sebenarnya aku tak minat sangat pun nak tengok Hello Mr Perfect ni. Langsung tak teruja nak menonton setiap minggu. Mungkin faktor pelakonnya yang kurang memberi impak dalam lakonannya. Lakonan Fattah Amin masih banyak yang perlu diperbaiki (masih nampak kaku beberapa scene). Tapi disebabkan kehensemannya, beliau mendapat banyak tawaran berlakon. Rezeki dia..alhamdulillah.

Tapi jika dibandingkan dengan drama Playboy Itu Suami Aku, ada nampak peningkatan la penjiwaan lakonan Fattah Amin. Ok la kan, peningkatan sikit-sikit. Tapi lagi best kalau tengok pelakon yang hebat menjiwai watak contoh macam Syafie Naswip, tak hensem pun tapi impak lakonan menusuk ke jiwa penonton.

Untuk Ruhainies pulak, lakonan ok, tapi kenapa perlu bawa sampai 2 watak sekaligus. Rimas pulak aku tengok. Nak tengok Ruhainies berlakon untuk drama lain pulak tapi watak berbeza dari drama Hello Mr Perfect. Adakah Ruhainies orangnya versatile. Sama-sama kita saksikan kelak.

Oh ya, korang follow jugak ke drama drama Hello Mr Perfect ni setiap minggu? Apa komen korang?

Saksikan drama Hello Mr Perfect Slot Akasia
Tarikh episod akhir Hello Mr Perfect disiarkan: 17 November 2015
Hello Mr Perfect episod akhir – episod 28
Hari: Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

Baca:

Biodata pelakon drama Hello Mr Perfect TV3:
Biodata Fattah Amin - watak Izzul
Biodata Ruhainies – watak Alya / Ain
Biodata Ezzaty Abdullah – watak Ainul
Biodata Azlan Mokhtar – watak Rahim
Biodata Mimi Ernida – watak Lina

4 comments

Akulah balqis nampaknya sgt dinantikan....harap harap tidak mengecewakan

oh macamm tu pengakhirannya :-)

Tak tengok pun drama ni...OO..petang ni drama balqish ye..kalau yang tu akak nak tengok la..sebab pelakon pun hebat2 ..

PC tengok juga yumida..tapi rompong2..kejap tengok..kejap tak..entah macam hati tak berat nak tengok..hihi,,


EmoticonEmoticon