Pemenang Cabutan SSP BSN Dapat Hadiah BMW

Dengan membeli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) kita berpeluang menang hadiah macam-macam. Sampai la dapat hadiah kereta mewah BMW. Hanya dengan menabung SSP BSN yang mana nilainya berharga RM10 untuk 1 unit. Dah namanya lucky draw, semua orang berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah.

Pemenang Kereta BMW Menerusi Cabutan SSP BSN 
Pemenang cabutan bertuah SSP BSN dapat hadiah kereta BMW, kelebihan beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN), pemenang hadiah lucky draw SSP BSN, super power 10 BSN
Pemenang cabutan bertuah SSP BSN untuk tahun 2015
Pemenang di atas berusia 20 tahun. Hanya menyimpan di BSN menerusi SSP selama 6 bulan dia telah memenangi hadiah cabutan bertuah sebijik BMW. Rezeki durian runtuh!!! Sumber

Nak menang hadiah kereta BMW jugak? Haaa, syaratnya korang hanya perlu membeli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) dengan nilai minimum RM3,000. So, dapat la korang hadiah grand-grand. Kalau tak cukup bajet nak beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN), dengan RM10 pun korang boleh dapat hadiah cabutan bulanan, tempatan dan mingguan.

Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) ni merupakan simpanan kita kat BSN. Means, sijil tu boleh dijual balik dengan nilai yang sama. Contoh kita beli sijil SSP BSN harga RM500. Nanti kita nak jual balik dapat la RM500. Tu belum lagi dia bagi faedah simpanan kita.

Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) umpama pelaburan kita kat bank untuk jangka masa panjang. Menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Selain dapat faedah simpanan, boleh menang hadiah super power 10 BSN. Hadiah grand-grand. Untung la siapa yang dapat.

Kisah Menabung SSP BSN:

6 comments

PG ada baca mengenai SSP BSN ni dekat blog yumida. PG berminat nak mencubanya sama. nak tanya yumida, in case bulan tu kita nak pakai duit, rm100 macam tu, boleh tak kita jual semula sijil tu dengan tunai? PG tak berapa faham sangat bab-bab kalau nak jual balik. ye la, kita tak tahu apa akan jadi dikemudian hari kan :) mungkin nak pakai duit masa tu. :)

boleh. hanya perlu bawa sijil ssp ke cawangan bsn. tunjukkan ic. begitulah proses jual balik

proses tebus ssp bsn hanya dapat dilakukan selepas tempoh 45 hari dari tarikh pembelian. lepas dari tarikh tu, boleh jual balik / tebus pada bila2 masa

Hi Admin, boleh tak kita belikan untuk adik beradik kita atau kita beli sijil tu sebagai hadiah bagi cabutan bertuah.


EmoticonEmoticon