Sinopsis & Komen Filem Polis Evo

Sinopsis Filem Polis Evo | Polis Evo mengisahkan sekumpulan polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes dadah di Terengganu. Inspektor Sani (Zizan Razak) bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes dadah tersebut. Segalanya bermula bila salah seorang ahli pengedar dadah ditemui mati akibat dibunuh.

Sinopsis filem Polis Evo, sinopsis penuh, sinopsis lengkap, komen filem Polis Evo, review filem Polis Evo, pelakon dan gambar filem Polis Evo, download Original Sound Track OST Polis Evo, lagu tema filem Polis Evo
Komen selepas menonton filem Polis Evo ada dikongsikan di post bawah

Inspektor Sani begitu terkejut melihat mayat tersebut. Dia begitu mengenali mangsa tersebut, yang mana bekas cikgunya sendiri iaitu Cikgu Adli Hashim (Wan Hanafi Su). Kematian bekas cikgunya itu menguatkan lagi semangat Inspektor Sani untuk menyiasat kes ini sedalamnya.

Siasatan menjadi mencabar apabila Inspektor Sani diarahkan oleh ketua polis Terengganu iaitu ASP Mokhtar (Harun Salim Bachik) untuk bekerjasama dengan Inspektor Khai (Shaheizy Sam). Inspektor Khai dan Sani masing-masingnya mempunyai personaliti yang berbeza. Hal ini menyebabkan kedua-duanya tidak serasi.

Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Suatu hari, Inspektor Sani telah membawa rakan setugasnya Inspektor Khai balik ke rumahnya.

Yati (Eyka Farhana) yang leka menonton televisyen teruja melihat abangnya ditemubual oleh wartawan. Inspektor Sani masuk tv untuk wawancara kes dadah. Inspektor Sani tersenyum gembira melihat dirinya di kaca tv.

Anis (Nora Danish) dan Inspektor Khai saling bertentangan mata. Inspektor Khai terpesona melihat kecantikan adik Inspektor Sani. Begitu juga Anis, dia sendiri juga jatuh hati pada rakan setugas abangnya.

Ketika penjahat menyelongkar rumah Cikgu Adli mencari bungkusan dadah, Maya (Mimie Ernida) terkejut melihat penjahat berada di rumahnya. Dia cuba bersembunyi di bilik namun kehadirannya disedari oleh penjahat tersebut. Pergelutan berlaku hingga menyebabkan Maya tercedera dan koma.

Penjahat yang dikenali sebagai Izrail (Hushairi Husain) datang ke hospital dan ingin membunuh Maya. Inspektor Khai dan Inspektor Sani berusaha menyelamatkan Maya. Izrail ingin melenyapkan Maya agar Maya tidak dapat mendakwa mereka kelak. Ini kerana Maya telah melihat siapa dalang yang membunuh ayahnya. Juga orang yang telah membakar rumah mereka.

Kerjasama yang baik antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani telah menyelamatkan nyawa Maya. Izrail mensasarkan Anis dengan menjadikan Anis sebagai tebusan. Inspektor Sani gelisah bila mendapati adiknya telah ditangkap oleh penjahat.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani berjaya mengepung lokasi tempat persembunyian penjahat. Pihak polis dan penjahat berbalas tembakan. Izrail mati di tempat kejadian. Anis pula berjaya diselamatkan.

Inspektor Khai kini menjadi sebahagian dalam keluarga Inspektor Sani. Apa-apa aktiviti keluarga, pastinya Khai akan dijemput sama. Khai dan Anis menyulam bunga-bunga cinta. – Tamat -

Pelakon Filem Polis Evo
Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar (Ketua Polis)
Hushairi Husain sebagai Izrail (Ketua Penjahat)
Nora Danish sebagai Anis (Adik Insp. Sani)
Eyka Farhana sebagai Yati (Adik Insp. Sani)
Kamaliah Mat Dom (Ibu Insp. Sani)
Wan Hanafi Su sebagai Cikgu Adli Hashim
Mimie Ernida sebagai Maya
Azliyuszaini sebagai Jemang
Pablo Amirul sebagai Jimbo
Amerul Affendy sebagai Mat Yam
A. Galak (Polis, supervisor Inspektor Khai)

Original Sound Track OST filem Polis Evo
Lagu: Evo
Penyanyi: Joe Flizzow dan SonaOne

Gambar Filem Polis Evo 
Sinopsis filem Polis Evo, sinopsis penuh, sinopsis lengkap, komen filem Polis Evo, review filem Polis Evo, pelakon dan gambar filem Polis Evo, download Original Sound Track OST Polis Evo, lagu tema filem Polis Evo
Filem Polis Evo lakonan hebat Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Komen Filem Polis Evo:
Awal bulan November ni, aku dahpun menyaksikan filem Polis Evo menerusi tonton kat Astro First. Jalan cerita menarik, suka watak Mayang dalam filem Polis Evo ni. Lucu, kelakar dan menghiburkan!

Tak sangka Shaheizy Sam dalam filem Polis Evo smart giler. Tetibe nampak hensem. Selalunya, mana-mana drama atau filem yang dia berlakon, tak kacak pun. Body pun nampak ketul-ketul, abang sado.

Kekurangan filem Polis Evo aku tengok dah macam filem Tamil. Hero tak mati biar beratus, beribu peluru disasarkan pada si hero. Tak logik langsung. Begitu banyak tembakan disasarkan pada Inspektor Sani yakni watak yang digalas oleh Zizan Razak. Satu pun tak kena. Padahal dekat je pun. Dah la jarak dekat, penjahat yang tembaknya banyak, bergerak hanya 1 posisi, tapi Zizan yang guna ilmu kebal tak lut oleh peluru. Peluru semua terpelanting ditiup angin.

Untuk filem Polis Evo ni aku bagi 3/5 bintang. Korang dah tengok filem ni? Tengok kat mana? Pawagam? Astro First? Tonton online? Best ke tak pendapat korang.. 


EmoticonEmoticon