Sinopsis Drama Janda Muslimah TV2

Sinopsis Drama Janda Muslimah TV2 Galeri Famili | Janda Muslimah mengisahkan 3 sahabat yang berkawan rapat semenjak kecil hinggalah ke besar. Ketiga-tiganya pernah berkahwin, namun status mereka yang terkini bergelar janda. Meskipun bergelar janda, mereka sentiasa menutup aurat dan saling mengingatkan, menegur dan memberi nasihat antara satu sama lain.

Sinopsis drama Janda Muslimah TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Janda Muslimah TV2
Drama Janda Muslimah bersiaran di TV2

Munawarah / Muna (Julia Ziegler) bercita-cita ingin menjadi usahawan dengan membuka butik pakaian. Dia ingin membuat perniagaan dalam talian. Jualan menerusi shopping online. Suami Muna telah lama meninggal dunia, demi kasihnya pada arwah suaminya, Muna sanggup memegang status janda solo dan tidak pernah jatuh cinta pada lelaki lain.

Maryam / Yam (Intan Ladyana) diceraikan suaminya kerana suaminya jatuh cinta pada janda kampung sebelah. Hal itu menyebabkan hati Yam hancur dan tidak mahu memberi peluang pada bekas suaminya untuk kembali. Azlan Mokhtar seringkali meminta Yam agar rujuk semula namun permintaan suaminya tidak diendahkan. Dia yang begitu obses pada bekas isterinya tidak dapat menerima kenyataan, dia sanggup membuat apa sahaja demi menarik perhatian bekas isterinya itu.

Latifah (Sharifah Nadia) pula diceraikan suaminya ketika hari ke 2 selepas majlis pernikahan mereka. Terjadinya salah faham ketika membincangan isu dara hingga menyebabkan bekas suaminya iaitu Jalil (Zull Edward) meninggalkan dirinya. Lebih menghancurkan hati Latifah, suaminya begitu bahagia berkahwin lain dengan isteri barunya (Yaya Maembong).

Keputusan Latifah untuk ke Kuala Lumpur telah menyebabkan Muna dan Yam turut ikut serta. Yam yang sebelum ini menjadi ustazah di sebuah sekolah sanggup meletak jawatan dan mencari peluang kerja baru di KL. Begitu juga dengan Muna, Muna ingin membuka perniagaannya di KL. Bermulanya kehidupan 3 sahabat bergelar janda muslimah ini di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Sinopsis drama Janda Muslimah TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Janda Muslimah TV2
Drama Janda Muslimah TV2 menampilkan pelakon Julia Ziegler dan Aqasha

Hari pertama menjejak kaki di KL, Latifah terpaku melihat ketampanan Zahir (Aqasha). Zahir dan Latifah saling bertentangan mata. Wan (Wan Raja) adalah sahabat Zahir. Dia juga turut terpesona dengan keayuan Yam.

Muna membelek selendang dan buku yang diberikan oleh Mazlan (Qazeem Nor) sebelum keberangkatannya ke KL pada pagi itu. Ternyata Mazlan menaruh hati pada Muna dalam diam. Muna menjadi serba salah apabila masih teringatkan suaminya yang telah meninggal itu. Adakah akan ada jodoh antara Muna dan Mazlan?

Bagaimana pula dengan kisah cinta sahabat karibnya? Adakah Yam dan Wan bakal memadu kasih? Adakah Zahir bakal bergelar suami Latifah ataupun Muna? Tonton segalanya dalam drama Janda Muslimah di kaca tv anda. Baca: JANDA MUSLIMAH EPISOD AKHIR

Pelakon Drama Janda Muslimah TV2
Munawarah / Muna – Julia Ziegler
Maryam / Yam – Intan Ladyana
Latifah – Sharifah Nadia
Zahir – Aqasha
Wan – Wan Raja
Ustaz Reqal – Fiz Fairuz
Rona – Lana Nordin
Basir – Lan Siro
Mazlan – Qazeem Nor
Jalil – Zull Edward
Isteri Jalil – Yaya Maembong

Gambar Drama Janda Muslimah TV2
Sinopsis drama Janda Muslimah TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Janda Muslimah TV2

Saksikan drama Janda Muslimah Galeri Famili
Tarikh Janda Muslimah mula disiarkan: 16 November 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 – 2.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon