Plan Cinta Tak Jadi Episod Akhir

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi Episod Akhir – Episod 13 | Sufian (Arja Lee) berang bila Cici (Ramona Zam Zam) menolak pinangannya. Dia yang tidak dapat menerima kenyataan telah menculik Cici. Sufian merencana ingin mengahwini Cici di negara seberang. Cici meronta-ronta minta dilepaskan namun tak diendahkan oleh Sufian.

Sinopsis drama Plan Cinta Tak Jadi episod akhir – episod 13, pelakon dan gambar drama Plan Cinta Tak Jadi episod akhir

Tanpa disedari, Fariz (Mark Adam) telah mengekori kereta Sufian dari belakang. Mengetahui dirinya diekori, Sufian bertindak memberhentikan keretanya. Fariz merampas Cici dari Sufian. Kini, giliran Fariz pula yang ingin mengahwini Cici di negara jiran.

Cici yang begitu rimas dengan situasi tersebut bertempik marah. Dia menghamburkan kata-kata amarahnya terhadap Sufian dan Fariz. Walaupun niat Fariz ingin menyelamatkan dirinya dari Suffian, Fariz juga bersalah atas tindakannya yang lalu. Yang mana telah melukai hati Cici. Cici meninggalkan mereka berdua dalam keadaan terpinga-pinga.

Kini barulah Sufian sedar tindakannya adalah salah. Dia segera memohon maaf dari ibunya. Juga turut meminta isterinya Sara (Kaka Azraf) agar memaafan dirinya. Sufian ingin membina semula kehidupan baru, melupakan kisah silamnya bersama Cici.

Anaz (Fattah Amin) jadi tak keruan bila mendapati Melina (Nur Fathia Latiff) tidak balik ke rumah. Hubungannya bersama Melina sebagai sahabat turut retak. Ia bermula bila Anaz meluahkan isi hatinya kepada Melina. Rupa-rupanya dia hanya berpura-pura mencintai Cici demi menurut permintaan Melina. Melina terkejut, terkedu dengan pengakuan Anaz lantas meninggalkan Anaz.

Risau Melina tidak balik ke rumah, ibu Melina meminta Anaz mencari Melina di sebuah tempat. Mujur, Melina ada di situ. Anaz lega melihat Melina dalam keadaan baik-baik sahaja. Melina enggan bercakap dengan Anaz.

Tidak mahu menyembunyikan perasaannya lagi, Anaz meluahkan perasaannya di dalam keratan akhbar. Ke mana-mana sahaja Melina pergi dia pelik apabila orang ramai berbisik dan memandang ke arahnya. Dengan perasaan ingin tahu, Melina mengambil akhbar tersebut dan terkejut melihat wajah dan namanya ada di dalam surat khabar tersebut.

Cici pergi berjumpa Melina. Dia menerangkan semuanya kepada Melina. Malah dia turut mendesak Melina agar menerima cinta Anaz yang begitu tulus ikhlas. Cici memuji Anaz setinggi langit dan berharap agar sahabat baiknya itu menerima lamaran Anaz.

Keesokannya, Melina menemui Anaz di bengkel kereta. Dia memberitahu dia sudah bersedia untuk menerima lamaran dirinya. Anaz yang terkedu, panik kerana cincin tiada padanya di saat itu. Lalu dia menyarungkan gelung hitam berbentuk cincin ke jari Melina tanda dirinya telah melamar Melina.

Majlis akad nikah Anaz dan Melina berlangsung dengan meriah dan lancar. Melina bahagia menjadi isteri kepada lelaki yang pernah dia satukan untuk sahabatnya. Itu namanya, kalau ada jodoh tak ke mana.

Teman serumah Anaz iaitu Ejoy (G Bob) telah lama memendam perasaan terhadap Cici. Sebentuk cincin dihulur kepada Cici, siapa sangka Cici telah menyambut cincin tersebut. Ini bermakna, Cici setuju dengan lamaran Ejoy! Rupa-rupanya jodoh kedua-dua mereka hanya di sebelah rumah saja. – Tamat -

Pelakon Drama Plan Cinta Tak Jadi
Fathia Latiff sebagai Melina
Fattah Amin sebagai Anaz
Arja Lee sebagai Sufian
Ramona Zam Zam sebagai Cici
Kaka Azraf sebagai Sara
Mark Adam sebagai Fariz
G Bob sebagai Ejoy

Gambar Drama Plan Cinta Tak Jadi Episod Akhir 
Sinopsis drama Plan Cinta Tak Jadi episod akhir – episod 13, pelakon dan gambar drama Plan Cinta Tak Jadi episod akhir

Drama Plan Cinta Tak Jadi telah pun tamat pada 2 November 2015
Plan Cinta Tak Jadi episod akhir – episod 13
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

2 comments

Comel je duduk atas tembok pagar..

Fatah dah semakin best lakonnannya..dulu mula3 x best lgsg


EmoticonEmoticon