Drama Embok Belum Terbakar TV2

Sinopsis Embok Belum Terbakar Drama TV2 Selekta Prima | Embok Belum Terbakar mengisahkan mengisahkan Ku Iqram (Arja Lee), yang diamanatkan oleh arwah moyangnya untuk mewarisi wasiat yang penuh misteri untuk keturunan ahli keluarganya.

Sinopsis Embok Belum Terbakar Drama TV2 Selekta Prima, pelakon dan gambar drama Embok Belum Terbakar TV2, Embok Belum Terbakar episod akhir – episod 26, ost lagu tema Embok Belum Terbakar
Embok Belum Terbakar drama terbaru di TV2 menggantikan drama Street Vandetta

Embok / Ku Basirah (Fauziah Nawi) merupakan gelaran bagi moyang Ku Iqram yang mempercayai bahawa Ku Iqram adalah satu-satunya cicit sulung keturunan anak lelaki sulungnya bernama Ku Azhar (Dato’ Jalaludin Hasan). Ku Azhar, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya merupakan datuk kepada Ku Iqram. Malangnya Ku Azhar seorang yang tamak dan sombong. Manisah (Jue Aziz) merupakan seorang peguam muda yang menjaga wasiat Embok.

Apabila empayar perniagaan Ku Azhar mengalami kejatuhan dan masalah kewangan, Ku Azhar mahu merancang untuk memastikan Manisah tidak akan bertemu dengan Ku Iqram. Ku Azhar mengupah penguamnya untuk bersubahat supaya membuat wasiat baharu untuk cucunya.

Ku Iqram yang sudah kematian ibu dan ayah sejak usianya 10 tahun telah dijaga datuknya Ku Azhar. Oleh kerana sifat tamak dan dendam, Ku Azhar sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat haknya dalam mewarisi wasiat emaknya.

Di pinggir bandar, kecoh tentang kehilangan gadis bernama Ain Aliya (Ramona Zam Zam), merupakan anak perempuan tunggal Roslan (Nasir Bilal Khan). Roslan malu dengan orang-orang kampung yang mengatakan Aliya seorang perempuan yang liar dan lari ke bandar mengikut teman lelaki. Roslan merupakan lelaki yang alim dan baik selain menjadi contoh oleh penduduk kampung dia tetap bersabar dengan tomahan itu.

Masa berlalu dengan pantas, Ku Iqram telah pulang ke tanahair tanpa pengetahuan Ku Azhar. Ku Iqram tinggal bersama sahabatnya, Idrus (Mikael Andre) yang mengusahakan sebuah bengkel kereta di ibu kota. Kehidupan Ku Iqram di kota tenang walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ragam manusia.

Di sana, Ku Iqram bertemu dengan seorang gadis bernama Ain Aliya. Perkenalan tanpa sengaja dia dengan Ain Aliya membawa kepada hubungan yang erat. Cinta mula berputik antara Ku Iqram dan Ain Aliya. Idrus yang sudah dianggap sebagai abang oleh Ku Iqram pula menyimpan perasaan terhadap Ain Aliya.

Pada masa yang sama Ku Iqram mendapat berita tentang kemalangan Manisah. Manisah telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Ku Iqram tahu kemalangan yang menimpa Manisah adalah rancangan datuknya Ku Azhar dan Azlan (Zack X Factor), pembantu upahannya.

Azlan pula rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan terhadap Manisah. Dia mula rasa sayang terhadap Manisah. Azhar yang tidak tahan dengan ugutan dan sikap angkuh Ku Azhar mula ingin membalas dendam terhadapnya.

Kepulangan Ku Iqram dan Ain Aliya ke sebuah kampung merungkai segala persoalan. Setelah bergelut dengan pertelingkahan dan perebutan hak dan kuasa akhirnya misteri wasiat Embok terungkai. Adalah Ku Iqram berjaya mewarisi amanah Emboknya? Saksikan segalanya dalam drama Embok Belum Terbakar di kaca tv anda.

Pelakon Drama Embok Belum Terbakar TV2
Ku Iqram - Arja Lee
Ramona Zam Zam – Ain Aliya
Jue Aziz - Manisah
Mikael Andre - Idrus
Dato’ Jalaludin Hassan – Ku Azhar
Zack X Factor - Azlan
Nasir Bilal Khan - Roslan
 Fauziah Nawi – Embok / Ku Basirah
 Mohd Mentro - Dali
 Nu’man Bin Salleh - Bukhari

Gambar Drama Embok Belum Terbakar TV2
Sinopsis Embok Belum Terbakar Drama TV2 Selekta Prima, pelakon dan gambar drama Embok Belum Terbakar TV2, Embok Belum Terbakar episod akhir – episod 26, ost lagu tema Embok Belum Terbakar

Original Sound Track OST Embok Belum Terbakar
Lagu tema drama Embok Belum Terbakar TV2
Lagu: Embok
Penyanyi: Zarul Umbrella

Sinopsis Embok Belum Terbakar Drama TV2 Selekta Prima, pelakon dan gambar drama Embok Belum Terbakar TV2, Embok Belum Terbakar episod akhir – episod 26, ost lagu tema Embok Belum Terbakar

Tonton Embok Belum Terbakar Selekta Prima
Jumlah episod Embok Belum Terbakar: 26 (episod akhir)
Tarikh Embok Belum Terbakar mula disiarkan: 3 November 2015
Hari: Selasa – Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

1 comments so far


EmoticonEmoticon