Sinopsis & Komen Filem Jwanita

Sinopsis Filem Jwanita | Jwanita mengisahkan gadis bernama Jwanita (Maya Karin) masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Sinopsis filem Jwanita, ulasan review filem seram Jwanita, pelakon dan gambar filem Jwanita, komen selepas menonton filem Jwanita
Filem Jwanita kisah pesakit mental dan ilmu hitam

Meskipun mempunya pertalian darah adik-beradik, Jwanita menaruh dendam terhadap Julaika (Cristina Suzanne). Segalanya bermula apabila Julaika mengahwini lelaki yang dicintainya bernama Dr Farhan (Bront Palarae).

Jwanita dan Julaika dibesarkan di rumah anak yatim. Personaliti Jwanita dan Julaika jauh berbeza. Jwanita orangnya kasar dan mudah memberontak. Julaika suka berkawan dan mematuhi peraturan. Jwanita yang mempunyai masalah disiplin menyebabkan dirinya tidak di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga lain.

Julaika berjanji akan melawat kakaknya Jwanita di rumah anak yatim dan mengambilnya untuk tinggal bersama keluarga angkatnya bila Jwanita sudah pulih kelak. Jwanita begitu sedih dengan perpisahan itu. Lalu dia merancang untuk lari dari rumah anak yatim dan menuju ke rumah keluarga angkat Julaika.

Ketika melarikan diri dari rumah anak yatim, Jwanita diculik oleh lelaki yang tidak dikenali. Bermulalah kehidupan Jwanita yang penuh penyeksaan. Umie Aida wanita yang mengamalkan ilmu hitam menurunkan ilmunya pada anak angkatnya Jwanita.

Seksaan demi seksaan, hinggalah Jwanita menginjak dewasa. Fikirannya yang tak betul ditambah rasa benci terhadap ibu bapa angkatnya, Jwanita bertindak membunuh kedua-duanya. Darah berpancutan membasahi bajunya. Selepas membunuh mereka, Jwanita melarikan diri mengikut langkah kakinya ke mana dia ingin pergi. Akibat keletihan, Jwanita pengsan di atas jalan raya.

 Orang yang menemui Jwanita membawanya ke hospital. Dr Farhan bertanggungjawab memulihkan Jwanita yang mengalami tekanan jiwa. Sikap Dr Farhan yang begitu mengambil berat telah membuatkan Jwanita jatuh hati.

Penemuan Jwanita telah menyatukan dia dengan adiknya Julaika. Jwanita menghambur sumpah seranah apabila melihat Julaika di hadapanya. Jwanita begitu marah kerana selama ini Julaika tidak pernah ingin mencarinya. Namun, Julaika menerangkan situasi sebenar bahawa dia gagal menjejaki kakaknya itu selepas Jwanita melarikan diri dari rumah anak yatim. Jwanita di bawa tinggal bersama di rumah Julaika.

Baru sahaja Jwanita merasai nikmat bahagia, hatinya kembali remuk, kecewa bila mengetahui Dr Farhan merupakan tunang kepada adiknya. Malah bakal bernikah tidak lama lagi. Bermulanya dendam Jwanita terhadap Julaika.

Jwanita menghilangkan diri selepas perkahwinan Julaika. Namun, dia muncul kembali selepas 5 tahun. Misinya ingin merebut kembali Farhan. Sesiapa yang menentangnya akan mati!

Orang pertama mati yang dibunuh oleh Jwanita adalah orang gaji Julaika. Hanya dengan ilmu hitam, semua mangsa Jwanita mati dengan mudahnya. Termasuklah tukang kebun dan pembantu peribadi Farhan.

Julaika mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada kakaknya. Dia pergi ke bangsal lama dan terkejut melihat 3 pekerjanya mati dibunuh! Mayat mereka disimpan di bawah bangsal tersebut. Julaika menyembunyikan diri apabila mengetahui Jwanita mengesan kehadirannya di situ.

Gagal mencari Julaika, Jwanita ingin mensasarkan pada anak Julaika dan Farhan. Mujur Farhan ada ketika itu. Farhan mengorbankan dirinya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anak-anaknya. Farhan dan Jwanita mati terbakar. – Tamat -

Pelakon Filem Jwanita
Maya Karin – Jwanita
Bront Palarae – Dr Farhan
 Cristina Suzanne – Julaika
 Marsha Milan Londoh – orang gaji
 Umie Aida – ibu angkat Jwanita
Epy Naxadman
 Riff Omar

Gambar Filem Jwanita 
Sinopsis filem Jwanita, ulasan review filem seram Jwanita, pelakon dan gambar filem Jwanita, komen selepas menonton filem Jwanita
Jwanita watak wanita gila yang digalas oleh Maya Karin

Komen Filem Jwanita:
Bagi aku, filem Jwanita tak seram pun even aku ni penakut tengok cerita hantu. Kisahnya mengenai orang sakit mental yang bernama Jwanita. Kisah orang gila dan ilmu hitam. Kisah hantu sedikit je. So, filem Jwanita ni langsung tak seram. Tu yang bestnya. Dapat aku tengok dengan kusyuknya.

Ada part yang bikin aku menjerit, terkejut u olls! Masa Jwanita baling pisau ke arah Marsha. Terkejut aku dibuatnya.

Filem Jwanita ni aku bagi 3/5 bintang. Korang dah tengok Jwanita? Apa komen korang?

5 comments

sudah tengok.. tak menakutkan sangat la hantunya.. cuma ngeri bab bunuh2 tu ja. hee

baru tengok giler seram... hahaha tengok pn dah tengah malam...

Baru nak tgk mlm ni kt astro


EmoticonEmoticon