Gigitan Rengit Lebih Gatal Daripada Nyamuk

Tahu apa itu rengit? Kalau dalam bahasa Sarawak, rengit ni merujuk pada haiwan yang halus, kecil, berwarna hitam. Rengit ni biasanya terdapat di kawasan yang berhampiran sungai, rumah-rumah di kawasan lembap, bawah rumah berair. Rengit juga datang bila tibanya musim hujan. Contoh macam sekarang ni, musim tengkujuh, musim adanya rengit.

Aku amat membenci serangga yang bernama rengit ni. Sakit tau kalau kena gigit. Dah la saiz badan rengit ni kecil. Kita takkan perasan rengit sedang menggigit kita. Badan rengit lebih kecil daripada semut. Saiz rengit sebesar titik noktah (.).

Rengit lebih gatal daripada nyamuk, tanda kesan digigit rengit, kawasan terdapat banyaknya rengit, musim hujan tengkujuh musim adanya rengit, cara rawat selepas digigit rengit nyamuk
Gambar kesan gigitan rengit, ianya tak berbintik merah tapi kelihatan bengkak / kembang - foto dari Google

Kesan gigitan rengit amat dasyat. Gatalnya 10 kali lebih gatal daripada nyamuk. Membuatkan kita tak tertahan nak menggaru. Garu-garu badan, sampai kembang kemerahan.

Rengit lebih gatal daripada nyamuk, tanda kesan digigit rengit, kawasan terdapat banyaknya rengit, musim hujan tengkujuh musim adanya rengit, cara rawat selepas digigit rengit nyamuk dengan minyak angin fresh care
Minyak angin fresh care sapu kat kawasan kena gigit rengit

Kalau aku sendiri, bila terkena gigitan rengit aku akan segera sapu minyak angin aromaterapi fresh care . Sebab minyak fresh care ni fungsinya untuk hilangkan kegatalan. Garu tu memang garu jugak la, tapi dengan minyak ni, kegatalan akibat gigitan rengit akan reda sekejap.

Paling kesian kalau ada baby, benci betul aku kat rengit. Mesti baby menangis-nangis lepas kena gigitan rengit. Sedangkan orang besar pun tak tahan, inikan pula baby. Even pasang ubat nyamuk pun rengit ni tak mati-mati.

Rengit ni paling banyak di kawasan dapur rumah aku ni. Especially kat tandas, sebab tu sebelum ke tandas aku akan spray dengan ridsect dahulu. Baru aman dan tenteram nak kencing or berak. Kalau tak, habis la bontot kena gigit rengit. Kawasan berengit. Tak semestinya jugak, kat ruang tamu pun kadang-kadang rengit ni ada jugak.

Rengit lebih gatal daripada nyamuk, tanda kesan digigit rengit, kawasan terdapat banyaknya rengit, musim hujan tengkujuh musim adanya rengit, cara rawat selepas digigit rengit nyamuk
Gambar nyamuk tapi bukan rengit

Dalam bahasa Melayu, tak tahu la pulak rengit ni dipanggil apa. Cari-cari kat Google, tak jumpa pulak haiwan nama rengit. Hanya nama tempat ‘rengit’ je dipaparkan. Agak-agak korang tahu tak haiwan nama rengit nih.

4 comments

rengit tok dahlah halus-halus...

Tahu binatang nie..menang gatal gila..lagi garu..lagi bengkak..nak bunuh pun susah..susah betul nak tangkap..

Kat umah lani byk rengit..sian ank akak kena gigit. Kulit plak sensitif...dah jd kudis... ada x petua nk hapuskan menatang ni... utk sementara ni akak spray jer semua ruang dlm rumah ni

Kat umah lani byk rengit..sian ank akak kena gigit. Kulit plak sensitif...dah jd kudis... ada x petua nk hapuskan menatang ni... utk sementara ni akak spray jer semua ruang dlm rumah ni


EmoticonEmoticon