Pengalaman Bersama Nuffnang: 2 Tahun Cashout RM4,287.38

Letak Kesemua Iklan Nuffnang Pada Julai 2013
31 Mei 2015, merupakan tarikh terakhir blog ni menjana pendapatan menggunakan pengiklanan Nuffnang selama 2 tahun. Yang mana, perletakan kesemua iklan Nuffnang dengan betul dan menepati kehendak Nuffnang berlaku pada bulan Julai 2013So, ngam la kan tempoh 2 tahun tu. Ada aku ceritakan kisahnya di sini: I Love Nuffnang.

Pengalaman 2 Bulan Langsung Tak Dapat Kempen CPUV
Ni sejarah paling pahit bersama Nuffnang. Selama 2 bulan tu, 1 kempen cpuv pun tak masuk. Padahal kesemua ciri-ciri nak dapatkan CPUV tu dipenuhi semua. Contoh blog sentiasa update, trafik memang sentiasa ada, pelbagaikan entry. Tapi tu la, takde rezeki. Pengalaman pahit langsung tak dapat cpuv ni berlaku bulan Februari 2014.

Sejarah Terima Kempen CPUV Paling Banyak!
Bila Nuffnang baik hati dia kasi kita cpuv banyak-banyak. Meleret-leret 3 kempen yang sama sekaligus. Menjadikan ianya kempen paling banyak ON GOING. Best giler time tu. Berlaku bulan Oktober 2014, boleh baca di sini: 32 Kempen CPUV Nuffnang Status ON GOING. Info tepat, dapat 34 CPUV actually sebab yang 2 lagi tu masuk lambat sikit. Best bila dapat CPUV, pasal bayaran berdasarkan unique visitors. Makin cantik trafik kita dapat, makin kembang pipi kita menguntum senyum. Lagi best kalau iklan CPUV tu aktif kat blog.

Jana Pendapatan RM1,714.50 Untuk Tempoh 13 Hari Sahaja
Inilah hasil pendapatan aku beriklan bersama Nuffnang, yang mana untuk tempoh 13 hari tu, aku berjaya meraih income sebanyak RM1,714.50. Sampaikan aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya. Boleh baca kisahnya di sini: RM1,714.50 Earning Nuffnang

Kempen Nuffnang Peluang Tambah Pendapatan
Lagi banyak kempen ditawarkan Nuffnang, lagi besar peluang tambah pendapatan. Antaranya kempen CPUV, kempen blogbuster, sponsored post dan sebagainya. Kempen CPC Nuffnang pun antara penyumbang earning, bayaran 25 sen per klik. Tapi kita tak boleh sewenangnya suruh pembaca klik iklan kita. Ianya menyalahi peraturan Nuffnang. Jika pembaca berminat iklan tersebut, dia secara sukarela mengklik banner iklan tersebut. Yang tu dibolehkan.

Paling masyuk jika korang join kempen blogbuster. Tapi yang ni jarang ada la. Sponsored post pulak, ada yang memerlukan blogger untuk join event. So, beruntung la blogger yang dapat join event anjuran Nuffnang. Kemungkinan ada peluang untuk tawaran sponsored post. Yang ni pun masyuk gak. Kalau bernasib baik, dapat tawaran sponsored post yang berdasarkan pemilihan blog.

Pengalaman Bersama Nuffnang 2 Tahun Cashout RM4,287.38, kisah kenangan pahit manis guna iklan Nuffnang, tawaran kempen Nuffnang yang lumayan, cara raih pendapatan tinggi dengan Nuffnang, pendapatan berblog dengan Nuffnang
Earning Nuffnang bertotal RM4,287.38 dikumpul dari Julai 2013 hingga Mei 2015

Hasil Pendapatan Berblog Untuk Bantu Bayar PTPTN
Alhamdulillah, hutang PTPTN aku dah settle semuanya bulan November 2014 yang lepas. Sebahagian income hasil berblog merangkumi Nuffnang dan iklan yang lain aku gunakan untuk bayar PTPTN nih. Pernah aku kongsikan kat sini: Cara Mudah & Jimat Bayar Hutang PTPTN. Memang sangat membantu. Menurunkan angka amount baki PTPTN.

Fuh, berpeluh-peluh aku nak ingatkan kembali kenangan bersama Nuffnang. INFO TERKINICashout Earning Nuffnang Yang Terakhir. Pasal...aku dah curang dengan Nuffnang. Bye bye Nuffnang. Buat rakan blogger yang masih menggunakan pengiklanan Nuffnang, selamat menjana pendapatan. Moga rezeki yang kita dapat, diberkati olehNya.

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:

32 comments

Alhamdulillah. rezeki. tahniah kak yumida

assalamualaikum yumida....wah bestnya...banyak dpt ...itulah rezeki berblogging kan...:)

hebatnye.xpernah dpt sebnyk tu..alahaii..rezeki2..

alhamdulillah banyak jugak rezeki Yumida dengan Nuffnang..

ALHAMDULILLAH BANYAK TU...

assalamualaikum
singgah pagi

banyaknya

Terbaik..:)

alhamdulillah banyak rezeki dgn nuffnang

perhhh banyaknya sis..
Tahniah dan alhamdulillah, rezeki sis disitu...

Memang bnyak awk dapat dalam tempoh singkat..:)tahniah dan semoga terus cemerlang dalam berblog ya!

wah, 13 hari je dapat seribu lebih ?? bestnya!

tabik sama kakak.. hehe.. tahniah... uv hari2 masyuk, mmg syokk.. nak2 time tu tengah banyak cpuv ongoing kan.. apa2 pun selamat berinnity pulak lepas ni kpda kak yum.. hehe.. shad tak berani nak curang lagi dengan nuff, sebab uv harian pun biasa2 saja.. hehe.. kalau innity pv/uv harian mmg kena banyak kan.. hehe

Masyuknya...x pernah dpt pun

JOM JOIN SEGMEN SAYA 'FREE MOVIE TICKET BY REDBELLAS'

http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

alhamdulillah...rezeki tak disangka kan...oshin pun baru sekali cash out dulu setelah setahun lebih kumpul hehehe walau sikit tp merasa lah jugak...skrg da kurang update jadi takde yg melekat lagi...

wahhh...best ehhh....bnyak juak ohhh....moga makin bertambah rezeki...hihihi

banyaknya. alhamdulillah, rezeki awak :)

alhamdulillah. PG suker bab boleh selesaikan hutang tu :)

MashaAllah bestnya . lebih2 lagi bila nampak tang boleh bayaq PTPTN tu. hihih. Alhamdulilha. semoga terus dimurahkan rezeki.

Banyak tu Kak Yumida. Canggihlah. =)
Tapi mana tau innity boleh lawan? hehe

tapi sekarang blogbuster tu dah tak de la Yumi..kenapa entah..iklan CPUV pun masih banyaksehari sampai 3-6 iklan..Nanti cerita pasal Income innity pulak Yumi..masyuk cam nuff jugak tak?

banyakknyee..tahniah kak!

byk juga. teringin nak try

bestnye dengar..sebenrnya xpaham pon apa cpuv tu..anyway tahniah.. tapi blh tau nape curang plak ye..

Ya Allah!!! Banyaknyaaa kak!! Oh My!

wahhhhh..tahniah tahniah..rezeki ktk..:D..

wahhhhh..tahniah tahniah..rezeki ktk..:D..

Bestnye...kt dah lm pun 1k pun x cecah....mlaskan...hihihi...tahniah2x


EmoticonEmoticon