Senarai Minuman Mengandungi Kafein

Selama ni, aku hanya tahu minuman yang mengandungi kafein adalah kopi, teh, milo dan coca cola. Rupanya ada lagi minuman yang mengandungi kafein yang lebih tinggi. Baru tahu menerusi perkongsian Kevin Zahri dalam post beliau di Facebook: Panduan kandungan kafein dalam minuman popular Malaysia.

senarai minuman mengandungi kafein, contoh minuman ada kafein, had pengambilan kafein dalam sehari, minuman ringan, softdrinks ada kafein, kopi, penggemar kopi, jumlah kandungan kafein dalam minuman popular Malaysia, sebab tak boleh minum kafein berlebihan, kesan minum kafein, kebaikan dan keburukan kafein
Kopi sering dikaitkan dengan kafein

SENARAI MINUMAN MENGANDUNGI KAFEIN

1. Milo 3 dalam 1
Tahukah korang minuman sachet Milo 3in1 mengandungi kafein. Dengan kadar kafein serendah 6mg.

2. Teh hijau
Jumlah kafein sebanyak 25gm.

3. Coca cola
Jangan tak tau, coca cola pun ada kafein gak, mengandungi sebanyak 40mg kafein.

4. Teh tarik
Minuman ni yang kita suka. Teh tarik, sedap wooo! Kandungan kafein sebanyak 50mg.

5. Kopi segera
Ni minuman kegemaran ibu dan ayah kita. My MIL mesti tak jauh dengan kopi. Setiap hari, mesti ada bancuhan air kopi. Kalau takde kopi, diorang kata rasa lemah je badan. Kandungan kafein dalam kopi segera adalah 65mg.

6. Minuman bertenaga Red Bull
Minuman untuk tingkatkan tenaga badan ada 80gm kafein dalam Red Bull tu. Kalau nak cergas untuk sesuatu aktiviti, minumlah Red Bull.

7. Grande Latte kopi Starbuck
Fuh tinggi weh kandungan kafein dalam grande latte ni, kafein sebanyak 150mg. Peminat kopi mesti nak try grande latte kopi ni, super power!

8. Pengambilan 2 pil fat burner
Kedudukan kafein tertinggi dalam minuman diungguli oleh pil untuk kuruskan badan, pil pembakar lemak. Dengan kandungan kafein sebanyak 200mg. Pergh tinggi tu! Bila dah makan pil fat burner tu, rajinkanlah diri bersenam.

CARTA KANDUNGAN KAFEIN DALAM MINUMAN PALING TINGGI
senarai minuman ada kafein, contoh minuman ada kafein, had pengambilan kafein dalam sehari, minuman ringan, softdrinks ada kafein, kopi, penggemar kopi, jumlah kandungan kafein dalam minuman popular Malaysia, sebab tak boleh minum kafein berlebihan, kesan minum kafein, kebaikan dan keburukan kafein
Contoh kafein dalam minuman

Had Pengambilan Kafein Dalam Sehari
Tahukah korang, kita tak boleh minum kafein ni dalam kuantiti yang banyak. Ada had limit pengambilan kafein. Kafein ni sebenarnya bagus untuk kesihatan kita terutama menyuntik tenaga dalam badan kita. Namun, kalau pengambilannya melebih had dibenarkan. Ia juga mendatangkan mudarat buat kita.

Had pengambilan kafein bagi orang dewasa setiap hari adalah 400mg kafein. Bersamaan dengan 4-5 cawan kopi biasa. Jadi, berwaspadalah pengambilan kafein. Ambil dalam kuantiti yang terkawal.

5 comments

ya Allahhh... sy plak suka minum susu tepung everyday ngan milo

yes! cik bell 1 hari setiap pagi kena minum kopi o panas 1 cawan... TQ umi share :)

Sy cuma bf dgn kopi o.tp bila dgn nescafe...sy sakit kpla.huhu

Ooo~ kafein penting jugak la kan~ cuma ada had dia

nak tanya ...horlick kira kafein atau tak ye......


EmoticonEmoticon