Puteri Bukan Nama Sebenar Episod Akhir

Episod Akhir Puteri Bukan Nama Sebenar TV3 | Episod 13
Rahsia Puteri kini telah terbongkar. Seluruh rumah itu telah mengetahui bahawa dirinya adalah wanita bernama Laila (Cristina Suzanne Stockstill). Bekas suami Laila iaitu Sani (Redza Rosli) cuba memeras ugut Laila dengan menculik anak mereka. Insiden itu mengejutkan Laila lantas bergegas mendapatkan anaknya.

Ketangkasan pihak polis berjaya menangkap Sani. Kini, anak Laila di bawah jagaan Mirza (Syarul Ridzwan). Mikail (Hafeez Mikail) begitu kecewa bila mengetahui isterinya bernama Puteri telah lama meninggal dunia. Selama ini, dia menyangka bahawa Laila adalah isterinya, memandangkan dirinya yang telah buta, langsung tidak dapat melihat wajah Laila.

Mirza menenangkan Mikail dengan menerangkan situasi sebenar tentang sejarah hidup Laila pada Mikail. Gadis yang terperangkap dengan identiti arwah isterinya itu tidak pernah berniat jahat. Keadaan telah memaksa dirinya berperanan sebagai Puteri.

Laila memohon maaf pada Datin Zarina (Aida Khalida) ibu kepada Mikail dan Mirza. Dia menerangkan dirinya tidak berpeluang untuk memberitahu hal sebenar. Ditambah lagi dengan desakan hidup dan dia juga merasa bahagia dan senang dengan kasih sayang yang dicurahkan dalam keluarga itu.

Laila membawa diri dan bekerja di luar negara, di Filipina. Mirza masih menaruh hati dan mengharapkan Laila memberi peluang pada dirinya. Namun, Laila enggan dan berkeras mengatakan dia dan anaknya Adam sudah bahagia dengan apa yang ada. Mirza kecewa..

Selepas setahun berlalu, Mikail telahpun menjalani pembedahan mata. Kini dia boleh melihat kembali. Majlis perkahwinannya dengan Alisha (Faralyna Idris) berlangsung dengan meriah. Lebih menggembirakan bila mereka menerima perkhabaran bahagia, bahawa Alisha disahkan hamil.

 Kak Sal (Halimah Naim) orang gaji di rumah besar itu terkejut dengan kedatangan Laila. Dia segera memeluk Adam, merindui wajah comel budak itu. Mirza lah orang paling gembira melihat kehadiran Laila. Laila dengan wajah berseri-seri menyerahkan kotak merah pada Mirza. Mirza lantas mengeluarkan sebentuk cincin dan disarungkan ke jari manis Laila. Mirza melamar Laila! Laila tersenyum bahagia. - Tamat -
                                                                                                                       
Pelakon Utama Puteri Bukan Nama Sebenar
Cristina Suzanne Stockstill - Puteri / Laila
Syarul Ridzwan – Mirza
Aida Khalida – Datin Zarina
Faralyna Idris – Alisha
Hafeez Mikail – Mikail
Halimah Naim - Kak Sal
Redza Rosli – Sani

Gambar Puteri Bukan Nama Sebenar 
Puteri Bukan Nama Sebenar episod akhir episod 13, sinopsis episod terakhir drama Puteri Bukan Nama Sebenar TV3, gambar Puteri Bukan Nama Sebenar, pelakon, drama Puteri Bukan Nama Sebenar tamat, last episode, ending Puteri Bukan Nama Sebenar, episod kemuncak
Drama Puteri Bukan Nama Sebenar dahpun tamat. Episod akhir..

Drama Puteri Bukan Nama Sebenar episod akhir telah ditayangkan pada 19 Jun 2015
Drama slot Zehra
Jumlah episod Puteri Bukan Nama Sebenar: 13
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
Saluran: TV3

2 comments

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon