Bila Mak Nak Semua Sedondon Masa Raya

Baju Raya Sendondon Dengan Langsir, Kusyen, Alas Meja
Kihkihkih..tergelak-gelak aku tengok gambar ni yang dikongsikan kat Facebook. Semua nak sedondon! Dari baju yang digayakan masa hari Raya, langsir, kusyen, alas meja semua sama tema! Ini baru sedondon! Hahaha..

Bila Mak Nak Semua Sedondon Masa Raya, fesyen baju raya 2015, baju raya sedondon, baju raya match
Gambar tema sedondon berhari Raya. Penuh inspirasi ni!

Langsir dan alas meja dah cantik dah! Nampak ropol-ropol, nak disetkan dengan baju Melayu sekali. Yang ni lawak.. Tapi wujud ke zaman sekarang, lelaki bujang atau remaja nak pakai baju corak bunga kalerpul macam ni? Kalau zaman dulu, iye, yang tu aku pernah nampak. Zaman sekarang je, lelaki dah pandai bergaya. Match pakaian itu ini.

Tahun ni, aku takde baju raya. Huhuhu.. Pakai jubah je, sebab perut makin membulat comel. 10 hari selepas Raya, due aku bersalin. Excitednye! Teruja menunggu baby sulung. Doakan moga dipermudahkan aku bersalin kelak. Sure Raya ni dugaan terbesar aku nak control makan minum, air gas, masakan yummy sana sini..oh tabahkan hatiku..

11 comments

Semoga Allah mempermudahkan urusan akak masa bersalin nanti. ^_^

Aikk... mana orangnya, tak nampak... hahaha XD

Insha Allah, moga Allah permudahkan pengalaman Yumida Huda bersalin nanti :)

Ini kelakar! hahaha..

Owh.. Semoga semuanya selamat! lama x BW.. x tau pun awk mngandung.. Tahniah nya!

ini kelakar ha ha ha ha x kenal orang dah...

mengandung pun tak bagi tau..last2 nak keluar dah pun...hehehehe..

kalau macam ni punya sedondon sah2 mak dia pi kedai kain beli kain satu kayu je...hahahh..jimat masa..tak payah pilih2 kain banyak kali..Bijak mak dia..

Amboi, yang nie melampau sedondonnya! Hahaha. Tak pernah nampak pulak zaman sekarang nie lelaki pakai baju Melayu corak bunga. Kalau ada pun mungkin pakai time tidur jek kot sebab malu nak pakai pergi beraya. :D

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. :)

wah! dapat baby raya! seronoknya . semoga selamat semuanya

dah semua sedondon tak nampak mana orangnya ehehehhe

Selamat berpuasa :)

semoga segalanya dipermudahkan yer buat yumida...

ini dah kira macam camouflage...hahaha...family sy belum pernah lagi pakai pakaian yg sedondon bila raya..


EmoticonEmoticon