Setem 50 Sen Pos Kad Raya Aidilfitri

Pos & Hantar Kad Raya Dengan Harga Setem 50 Sen
Promosi pos kad Raya woiii… Sempena sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun 2015 ni, pihak Pos Malaysia menawarkan kadar caj pengeposan bagi kad Raya pada nilai 50 sen 1 sampul. Wah, ni la peluang keemasan bagi sesiapa yang suka bagi kad Raya tu.

Kadar Standard SETEM Pos Biasa Dan Tawaran Pos Kad Raya
Biasanya, nilai standard perletakan setem untuk pos biasa ialah 60 sen. Yang sampul putih tu. Setiap tahun, Pos Malaysia selalu baik hati dengan menawarkan nilai setem 50 sen untuk pengeposan kad Raya. Tujuannya untuk menggalakan rakyat Malaysia mengukuhkan ukhuwah, bagi kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sesama rakan. Yang jauh, dirapatkan. Jimat 10 sen kat situ. Bayangkan kalau pos 100 sampul kad Raya, dah jimat RM10.

pos kad raya dengan harga setem 50 sen, kadar standard setem pos biasa 60 sen dan promosi pos kad raya RM0.50, syarat pengeposan kad raya setem 50 sen, caj setem pos surat

Syarat Pengeposan Kad Raya Setem 50 Sen
- 1 sampul kad Raya untuk setem bernilai RM0.50
- berat sampul kad Raya tidak melebihi 50 gram
- tempoh tawaran bermula 18 Jun 2015 hingga 13 Julai 2015

Haa, tu je syarat kalau nak guna pengeposan kad Raya menerusi promosi setem bernilai 50 sen tu. Jangan terlebih berat sudah, mana tahu ada isi barang-barang dalam sampul tu, kang tak sampai-sampai kad Raya dengan kawan yang kita nak pos tadi. Selamat menghantar dan pos kad Raya.

Pos surat, pos kad Raya dan setem..

3 comments

Lama tidak pos kad raya.. Dulu rajin juga.. Hehe..
Salam ramadhan
Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya
Biskut Semperit Sedap

Macam nak pos kad raya dekat kengkawan jer balik.. huhuhu...

fae nak kad raya dari kak umi :p


EmoticonEmoticon