Drama Bencinta TV3 Episod Akhir

Drama Bencinta Episod Akhir Slot Samarinda TV3 (Episod 15)

Nabila (Fathia Latiff) mengusir Nabil (Fattah Amin) dari syarikat. Nabila begitu kecewa apabila mendapati Nabil mengambil dana syarikat sebanyak 10 peratus. Malah sikap Nabil yang suka mengongkong itu membuatkan Nabila bertambah benci terhadap Nabil!

Selepas pemberhentian Nabil dari syarikat, Nabila sering termanggu mengingati memori silamnya bersama Nabil. Hatinya tidak keruan. Serba tak kena. Fikirannya asyik teringatkan Nabil. Entah kenapa, hatinya berasa sangat benci tetapi insan tersebut sering berlegar-legar dalam kepalanya.

Natasha (Nazeera Sardi) puas selepas melihat kejatuhan Nabil! Natasha mendesak agar Nabila melaporkan kejadian pecah amanah itu kepada pihak polis. Biar Nabil masuk lokap, puas hatinya! Namun, Nabila enggan berbuat demikian.

Nabila membuat keputusan untuk berehat di kampung Aishah (Bella Dally), sahabat baiknya. Kebetulan pula Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Adam (Erwin Dawson). Bekas kekasih Nabila. Jodoh di tangan tuhan, siapa menyangka bekas kekasihnya itu menjadi suami kepada sahabat baiknya sendiri. Nabila tumpang gembira melihat Aishah dan Adam hidup bahagia.

Aishah memujuk Nabila agar segera kembali ke pangkuan Nabil. Baginya, Nabil begitu mencintai Nabila. Nabila buntu dan serabut. Hatinya masih samar-samar.

Nabil membuat keputusan ingin bekerja di Kuwait memandangkan kekasih hatinya sudah membenci dirinya. Nabil membuat kejutan untuk Nabila untuk datang ke perasmian rumah anak yatim. Kehadiran sahabat baiknya dan ayahnya di situ amat memeranjatkan Nabila.

Rupa-rupanya dana 10 peratus yang Nabil ambil dari syarikat disalurkan untuk pembinaan rumah anak yatim. Nabila terharu dan rasa bersalah terhadap Nabil. Jangkaannya tersasar jauh. Rupanya wang itu digunakan untuk hal kebajikan.

Nabila memohon maaf kepada Nabil. Akhirnya, sebuah ikatan sah dibina. Nabil dan Nabila akirnya berkahwin. Nabila hidup bahagia di sisi suaminya, Nabil. –TAMAT-

Pelakon Yang Menjayakan Drama Bencinta Hingga Episod Akhir

Fathia Latiff - Nabila
Fattah Amin – Nabil
Erwin Dawson - Adam
Nazeera Sardi - Natasya
Bella Dally – Aishah
Azri - Ikmal
Datuk Eizlan Yusoff - Majid
Amy Mastura – Maria
Sabrina Ali – Asmah

Gambar Drama Bencinta TV3 Episod Akhir

Drama Bencinta TV3 episod akhir, episod 15, sinopsis episod terakhir drama Samarinda Bencinta TV3, gambar Bencinta TV3, review drama Bencinta TV3 tamat, pelakon, Bencinta TV3 last episode, ending Bencinta TV3, episod kemuncak

Tamat dah drama Bencinta. Sesiapa nak baca sinopsis drama ni boleh rujuk kat sini: Sinopsis Bencinta. Drama terbaru iaitu Bukan Isteri Sempurna bakal menggantikan drama Bencinta untuk minggu hadapan. Tak sabar nak tengok!

Drama Bencinta TV3 episod akhir, episod 15, sinopsis episod terakhir drama Samarinda Bencinta TV3, gambar Bencinta TV3, review drama Bencinta TV3 tamat, pelakon, Bencinta TV3 last episode, ending Bencinta TV3, episod kemuncak

Drama Bencinta Slot Samarinda
Jumlah episod drama Samarinda Bencinta: 15
Tarikh Bencinta Episod Akhir disiarkan: 30 April 2015
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon