Sinopsis Novel & Filem Suami Aku Ustaz

Sinopsis Novel & Filem Suami Aku Ustaz

Suami Aku Ustaz mengisahkan jodoh yang telah diaturkan buat Alisa (Nora Danish) dengan ustaz popular di sekolahnya iaitu Ustaz Muhamad Nur Hafiz (Adi Putra). Bagi ibu bapa Alisa, itulah jalan terbaik untuk membimbing Alisa ke jalan yang betul.

Sinopsis novel dan filem Suami Aku Ustaz, review filem Suami Aku Ustaz, pelakon Suami Aku Ustaz, gambar novel filem Suami Aku Ustaz, video trailer Suami Aku Ustaz, teaser filem Suami Aku Ustaz, harga novel Suami Aku Ustaz penulis Hannah Dhaniyah
Filem Suami Aku Ustaz lakonan Nora Danish, Adi Putra dan Izzue Islam
Namun, bagi Alisa pula, dirinya bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian? Bagaimana pula dengan Johan (Izzue Islam) yang pernah menaruh perasaan terhadap Alisa. Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Suami Aku Ustaz di pasaran.

Gambar Filem Suami Aku Ustaz

Sinopsis novel dan filem Suami Aku Ustaz, review filem Suami Aku Ustaz, pelakon Suami Aku Ustaz, gambar novel filem Suami Aku Ustaz, video trailer Suami Aku Ustaz, teaser filem Suami Aku Ustaz, harga novel Suami Aku Ustaz penulis Hannah Dhaniyah
Jom serbu ke pawagam untuk saksikan tayangan filem Suami Aku Ustaz

Pelakon Filem Suami Aku Ustaz

Adi Putra - Ustaz Muhamad Nur Hafiz
 Nora Danish - Alisa
 Izzue Islam – Johan

Gambar Novel Suami Aku Ustaz

Sinopsis novel dan filem Suami Aku Ustaz, review filem Suami Aku Ustaz, pelakon Suami Aku Ustaz, gambar novel filem Suami Aku Ustaz, video trailer Suami Aku Ustaz, teaser filem Suami Aku Ustaz, harga novel Suami Aku Ustaz penulis Hannah Dhaniyah
Novel Suami Aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah yang diadaptasi ke dalam filem
Harga novel Suami Aku Ustaz: Semenanjung (RM22) Sabah/Sarawak (RM25)
Penulis novel Suami Aku Ustaz: Hannah Dhaniyah

Filem Suami Aku Ustaz merupakan adaptasi dari novel. Bagi aku jalan cerita novel ni menarik! Pasti ada mesej keagamaan yang ingin disampaikan.

1 comments so far

Yumida ,filem wajib tonton ni , cuma tak tahu bila boleh pi pawagamnya hehe :)


EmoticonEmoticon