Sinopsis Drama Dan Calonnya Adalah 2

Sinopsis Drama Dan Calonnya Adalah 2
Dan Calonnya Adalah 2 mengisahkan Aris (Aaron Aziz), anak kepada seorang hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin (Mimi Lana). Mereka merancang untuk berkahwin tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibu Aris, Datin Zana (Helvera Susanti).

Sinopsis Drama Dan Calonnya Adalah 2, review drama Dan Calonnya Adalah 2, pelakon dan gambar drama Dan Calonnya Adalah 2, tonton online drama Dan Calonnya Adalah 2, Aris - Aaron Aziz, Yasmin - Mimi Lana, Fatin - Zara Zya, Sherry - Nisha Rodzlan
Drama Dan Calonnya Adalah 2 disiarkan di Tonton

Apabila Aris meminta restu untuk berkahwin dengan Yasmin, Datin Zana meletakkan syarat bahawa Aris perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 calon teman wanita. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri.

Fatin (Zara Zya), anak kepada pemandu mereka yang juga teman baik Aris, ditugaskan untuk membantu Aris sepanjang tempoh proses pencarian kerana kereta dan kad kredit dipunyai Aris sebelum ini ditarik kembali oleh ibunya. Aris dan Fatin sememangnya akrab sejak kecil.

Namun apabila meningkat dewasa, kedua mereka berhadapan dengan masalah untuk mencari teman hidup. Fatin terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Aris pula sering berfoya-foya dengan ramai wanita sampai dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan sebenarnya.

Pada masa yang sama, ayah Fatin mula risau dengan keadaan Fatin yang belum berpunya. Dia terpengaruh dengan pujukan Datin Zana untuk mendapatkan khidmat Miss Pooja (Susan Lankester), ejen cari jodoh yang sedang menguruskan pencarian 12 calon isteri Aris. Ini menimbulkan kemarahan Fatin dan Aris apabila mengetahui ibu bapa mereka bersungguh-sungguh mahu mengatur hidup mereka. Pelbagai wanita sudah Aris temui, masing-masing mempunyai kerenah tersendiri.

Semasa dalam proses pencarian itu, Aris terpikat dengan Sherry (Nisha Rodzlan) dan berniat untuk mengahwininya. Aris meluahkan hasratnya kepada Datin Zana. Walau bagaimanapun, Datin Zana berkeras mahu Aris mencukupkan kuota 12 orang calon terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Siapakah yang akhirnya berjaya menawan hati Aris dan ibunya? Adakah Sherry bakal menjadi isteri Aris? Jangan lupa menyaksikan drama komedi romantik, Dan Calonnya Adalah 2 di saluran TONTON.

Pelakon Drama Dan Calonnya Adalah 2
Aris - Aaron Aziz
Yasmin - Mimi Lana
Datin Zana - Helvera Susanti
Fatin - Zara Zya
 Miss Pooja - Susan Lankester
Sherry - Nisha Rodzlan

Gambar Drama Dan Calonnya Adalah 2 
Sinopsis Drama Dan Calonnya Adalah 2, review drama Dan Calonnya Adalah 2, pelakon dan gambar drama Dan Calonnya Adalah 2, tonton online drama Dan Calonnya Adalah 2, Aris - Aaron Aziz, Yasmin - Mimi Lana, Fatin - Zara Zya, Sherry - Nisha Rodzlan
Drama Dan Calonnya Adalah 2 lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Saksikan drama Dan Calonnya Adalah 2
Tarikh Dan Calonnya Adalah 2 mula disiarkan:
Jumlah episod Dan Calonnya Adalah 2: 20
Hari: Isnin
Jam: 12.30 tengah hari
Saluran: Tonton

2 comments

Xsabar nak tgk zara ngn aaron hahaha
www.kucinghitam.net

aah pertama kali zara zya digandingkan dgn aaron aziz
jom tengok kat tonton drama dan calonnya adalah 2


EmoticonEmoticon