Watak Lelaki Lembut Keith Foo Drama DILB TV3 Kelakar

Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3)
Siapa ada tengok drama TV3 tayangan pukul 7.00 malam tu? Drama terbaru menggantikan drama Hati Perempuan berjudul Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3). Serius, aku tergelak geli hati tengok watak yang dipegang oleh Keith Foo. Lakonan macam ni baru best! Baru syok nak tonton setiap episod!

Watak lelaki lembut Keith Foo drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3) kelakar dan menghiburkan, Keith Foo jadi lelaki sotong, nama popular Keith Foo Cik Kem, gambar Keith Foo, watak lembut dan pondan lakonan Keith Foo
Keith Foo dalam drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3). Lamaran kena tolak! Siap kena 'dush' lagi dari Dewi.

Dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, Keith Foo memegang watak sebagai Kamrul atau nama glamournya Cik Kem. Seorang designer dalam mereka hias dan memasarkan produk pelanggan. Walaupun muka nampak ganas dan macho, serta badan ketul-ketul sasa, lakonan Keith Foo nampak menjadi!

Sedaya upaya ciri-ciri ‘auw’ disuntik dalam dirinya. Serta pergerakan tangannya yang tak pernah diam. Sambil bercakap, haaa tangan pun ikut sekali. Memang nampak lelaki lembut la.

Watak lelaki lembut Keith Foo drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3) kelakar dan menghiburkan, Keith Foo jadi lelaki sotong, nama popular Keith Foo Cik Kem, gambar Keith Foo, watak lembut dan pondan lakonan Keith Foo
Drama slot Akasia jam 7 malam: Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3)

Drama DILB lakonan Keith Foo & Nur Fathia Latiff di TV3
Lelaki lembut versus perempuan ganas dan kasar, haaa cun sangat u olls berdua! Siapa lagi kalau bukan si Dewi Yusra lakonan Nur Fathia Latiff. Tergelak-gelak aku tengok. Al kisahnya macam ni, Dewi tugaskan Cik Kem untuk cari calon suaminya. So, Cik Kem pun aturkan temujanji si Dewi. Macam-macam gelagat calon suami yang Dewi interview namun kesemuanya tak berkenan di hati. Jadi, dalam diam Cik Kem pun ada menaruh perasaan kat Dewi. Ingat lelaki lembut takde perasaan???

Cik Kem berkira-kira nak aturkan temujanji ‘paling hot’ kat sebuah restoren mewah. Masa tu si Dewi tak tahu lagi yang hot date tu di plan oleh Cik Kem. Masa masuk dalam restoren, Dewi pun kagum dengan pilihan restoren tersebut. Mahal, ekslusif, nampak sangat taste bakal suaminya seorang romantik.

Cik Kem berselindung di sebalik topi, sambil ubah suaranya yang lembut sebelum ni ke suara jantan. Macam-macam ayat puitis keluar dari mulut dia. Nak tackle hati si Dewi lettew! Lepas tu kan, Dewi macam dah tahu, lelaki depan dia tu, dia syak si Cik Kem (encik sotong). Mengamuk la Dewi bila dapat tahu yang Cik Kem pun turut sama nak jadi calon suaminya. Habis kelopak bunga jatuh kat lantai, marah punya pasal, Cik Kem mengadu sakit ‘teradui-adui’ je kena pukul dengan bunga.

Lelaki lembut nak simpan misai & janggut!!
Lepas insiden tu, Dewi takmo lagi jumpa Cik Kem. Cik Kem pun cuba bermuhasabah diri. Sebab apa si Dewi takmo terima lamaran dia. Padahal baginya dirinya dah cukup hensem, Cuma lembut je yang ada. Cik Kem merencana nak simpan misai pulak. Mana tahu boleh jadi lelaki sejati di mata Dewi. Kelakar sangat-sangat! Hadoi…

Watak lelaki lembut Keith Foo drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB TV3) kelakar dan menghiburkan, Keith Foo jadi lelaki sotong, nama popular Keith Foo Cik Kem, gambar Keith Foo, watak lembut dan pondan lakonan Keith Foo
Scene Keith Foo sebagai lelaki lembut menerusi drama DILB TV3 lawak, kelakar & menghiburkan!!!

Lakonan Keith Foo hebat & semulajadi!!
First time aku tengok Keith Foo bawa watak lelaki lembut. Sebelum ni, selalu jadi hero, jejaka hensem, kacak, macho, cair la hati wanita aku tengok. Macam dalam drama Ariana Rose tu. Malah Keith Foo pun ada jugak bawa watak antagonis, lelaki pendera, kasar dan ganas menerusi drama Kasih Berbisik. Jahat sangat dia dalam drama tu, gerun pulak aku tengok. Drama DILB TV3 ni pula watak sotong, semua masuk! Memang pelakon hebat la!

5 comments


EmoticonEmoticon