Sinopsis Drama Rubber Band TV3

Sinopsis Drama Rubber Band TV3 Slot Iris
Rubber Band mengisahkan seorang lelaki buta bernama Rahim (Beto Kusyairy) yang berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain gitar. Rahim dijaga oleh ibunya, Mak Nah (Nor Azifah Ariffin) hingga dia meningkat dewasa.

Sinopsis drama Rubber Band TV3 Slot Iris, review drama Rubber Band TV3, gambar drama Rubber Band TV3, pelakon Rubber Band lakonan Beto Kusyairy, Sara Ali, Bil Azali, Pian Kepoh
Drama Rubber Band TV3 lakonan Beto Kusyairy bawa watak lelaki buta

Rahim berkira-kira ingin mengembangkan bakatnya di Kuala Lumpur. Dia utarakan keinginannya pada Mak Nah untuk mencari pekerjaan di kota. Namun dihalang oleh ibunya. Ibunya risau dengan keselamatan Rahim tanpa dirinya di sisi.

Alimin (Ezany Nizariff) rakan sekampung Rahim memujuk dan menyakinkan Mak Nah akan menjaga Rahim sebaiknya di Kuala Lumpur. Akhirnya, Mak Nah mengalah. Dia akur pada keputusan Rahim untuk ke KL.

Tanpa mengetahui niat tersirat Alimin, Rahim mengikuti Alimin ke Kuala Lumpur. Rahim begitu gembira bila membayangkan dia bakal bekerja di KL. Di KL, Rahim tinggal bersama 2 rakan Alimin.

Rahim diarahkan untuk membuat persembahan di tepi jalan. Begitulah rutinnya di KL setiap hari. Malah Rahim dapat menghidu niat busuk rakan Alimin yang hanya menginginkan wang darinya. Rahim melaporkan hal itu kepada Alimin. Alimin memberi amaran kepada kawannya agar tidak mengulangi perbuatan itu. Padahal itu adalah rancangan mereka untuk mendapat keuntungan hasil nyanyian Rahim.

Rakan Alimin membuat keputusan untuk meninggalkan Rahim di tepi jalan dan membuat alasan Rahim telah pergi melarikan diri. Menyedari rakan Alimin yang tak muncul-muncul menjemput dirinya, Rahim mengikuti Basir (Pian Kepoh). Dari situ, bermulanya kehidupan baru Rahim bersama teman barunya.

Selepas dibuang kerja, Basir mengikuti Rahim untuk membuat persembahan nyanyian di tepi jalan. Jelita (Sara Ali) tertarik dengan persembahan Rahim. Dia ingin membuat rancangan istimewa menyiarkan bakat Rahim di kaca tv.

Berjayakah Rahim menggapai cita-citanya? Adakah akan ada suatu perasaan istimewa antara Rahim dan Jelita? Bagaimana pula dengan kekasih Jelita yang bermulut becok itu? Aidan (Bil Azali) yang langsung tidak menyukai kekurangan Rahim. Saksikan perjuangan kisah hidup Rahim sebagai seorang lelaki buta yang hidup di bandar metropolitan menerusi drama Rubber Band di TV3.

Gambar Drama Rubber Band TV3 
Sinopsis drama Rubber Band TV3 Slot Iris, review drama Rubber Band TV3, gambar drama Rubber Band TV3, pelakon Rubber Band lakonan Beto Kusyairy, Sara Ali, Bil Azali, Pian Kepoh
Jom tengok drama Rubber Band TV3
Saksikan drama Rubber Band Slot Iris
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 6.30 petang – 7.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon