Sinopsis Cikgu Su TV1 Drama Hari Guru

Sinopsis Cikgu Su (Suhaimi) TV1 Drama Lelaki Lembut Hari Guru

Cikgu Su mengisahkan guru lelaki bernama Cikgu Suhaimi (Arjaa Lee) yang ditugaskan mengajar di sebuah sekolah menengah. Perwatakkan Cikgu Suhaimi penyayang dan lemah lembut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Su sebagai nama panggilannya.

Malangnya akibat penampilan dirinya yang lemah lembut itu menyebabkan Cikgu Suhaimi dipermain-mainkan oleh sekumpulan pelajar lelaki nakal yang diketuai oleh murid bernama Jamal. Mereka gemar memperlekehkan Cikgu Suhaimi dan tidak hormat langsung kepadanya.

Sementara itu Cikgu Suhaimi gigih untuk berusaha mengembalikan keadaan sekolah tempat dia bertugas menjadi lebih aman dan ceria. Kesabaran Cikgu Suhaimi teruji dengan kenakalan Jamal dan rakan-rakannya yang menghadiahkan kotak berisi katak kepadanya. Cikgu Suhaimi menjerit terkejut hingga ditertawakan oleh pelajar-pelajar yang lain.

Pengetua sekolah cuba menasihati Cikgu Suhaimi supaya menjadikan pelajarnya lebih berdisiplin dan hormat kepadanya. Begitu juga guru-guru sekolah yang lain turut bersimpati dengan layanan pelajar kepada Cikgu Suhaimi.

Hakikatnya Cikgu Suhaimi miliki strategi tersendiri untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Adakah masih ada peluang dan ruang anak-anak muridnya memohon maaf kepada Cikgu Suhaimi atau pun sebaliknya? Saksikan kesudahan drama Cikgu Su menerusi slot Panggung Ahad di TV1.

Pelakon Drama Cikgu Su TV1

Arjaa Lee
Noryati Taib
Zila Bakarin
Shima Anuar
Syafiq Syazim
 Ridhwan Rashid

Gambar Drama Cikgu Su TV1 

Sinopsis drama Cikgu Su TV1, review drama Cikgu Su RTM TV1, gambar dan pelakon Cikgu Su TV1, drama tv sempena Hari Guru tahun 2015, sinopsis Cikgu Su TV1 drama lelaki lembut Hari Guru, cikgu su watak cikgu lembut Arjaa Lee
Arjaa Lee bawa watak Cikgu Su menerusi drama TV1 - watak cikgu lembut

Saksikan drama Cikgu Su Slot Panggung Ahad
Tarikh drama Cikgu Su disiarkan: 17 Mei 2015
Hari: Ahad
Jam: 10.30 pagi
Saluran: TV1

2 comments


EmoticonEmoticon