Cinta Berkalung Duri 2 Episod Akhir

Episod Akhir Drama TV2 Cinta Berkalung Duri 2
Wani (Puteri Sarah Liyana) pulih dari pembedahan. Sepanjang dia berada di hospital, Asmida (Balkisyh Semundur Khan) banyak membantu Wani. Wani merasa terhutang budi dengan Asmida.

Wani sanggup menolak cinta Nizam (Syed Aiman) semata-mata ingin menjaga hubungannya dengan Asmida. Walaupun sering didesak pembantu rumahnya, Wani tetap dengan keputusannya tidak akan melukai hati Asmida. Malah dirinya yang berstatus janda menyebabkan dirinya rasa rendah diri dan tidak layak untuk Nizam. Ditambah lagi dengan anaknya yang menentang hubunganya dengan Nizam.

Asmida resah ingin mengetahui apa keputusan Nizam. Adakah mencintai dirinya ataupun tidak. Asmida nekad pergi berjumpa Nizam dan bersedia mendengar apa sahaja jawapan Nizam.

Asmida sedih bila mengetahui Nizam hanya menganggap dirinya sebagai sahabat sahaja. Lantas dia segera ke rumah Wani untuk berterus-terang. Dia terkilan kerana Wani menyembunyikan cintanya terhadap Nizam. Malah menafikan perasaannya pada Nizam.

Asmida menyedarkan Wani untuk menerima cinta Nizam. Seorang lelaki yang baik dan sesuai untuk Wani. Pertemuan itu membuka hati Wani menerima Nizam dalam hidupnya.

Wani menelefon Nizam untuk berjumpa ke suatu tempat. Nizam memohon maaf kerana terlalu mencintainya selama ini, dan akan melupakannya perlahan-lahan. Wani menoleh lantas berkata, dia bersedia menjadi isteri Nizam! Nizam begitu terkejut dengan pengakuan itu. Lantas menyarungkan cincin di jari manis Wani. Tamat!

Pelakon Cinta Berkalung Duri 2
Puteri Sarah Liyana - Wani
Dato' Jalaluddin Hassan
Norseha Hameed
Syed Aiman – Nizam
Balkisyh Semundur Khan - Asmida
Rizal Ayub
Farah Nadia
Intan Olivia
Rashid Jaafar
Fauziah Nawi
 Checyl Selsiliya

Gambar Drama Cinta Berkalung Duri 2
Cinta Berkalung Duri 2 episod akhir, sinopsis episod terakhir drama TV2 Cinta Berkalung Duri 2, gambar, pelakon, last episode, ending Cinta Berkalung Duri 2 TV2, episod kemuncak
Kesudahan drama Cinta Berkalung Duri 2 TV2 
Drama Cinta Berkalung Duri 2 yang disiarkan di TV2 telah pun sampai ke penghujung, episod akhir. Tamat dah.. 

Drama Cinta Berkalung Duri 2 EPISOD AKHIR
Tarikh Cinta Berkalung Duri 2 episod akhir ditayangkan: 28 Mei 2015
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon