'Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 30/06/2014

-Nukilan buat arwah emak dan makcik yang menjadi ibuku kini-

“Mak..”, rasa begitu janggal sekali untuk aku ungkapkan. Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menyebut panggilan itu. Semenjak pemergian emak ketika aku berusia 13 tahun. Bila tibanya Hari Ibu, aku sering teringat pada emak. Akan kasihnya mak pada aku suatu ketika dahulu. Sungguh..sedikit sesalan terbit dalam diri aku. Jika aku tahu emak akan pergi meninggalkan aku, tidak akan aku sia-siakan masa yang ada.

Emak pergi terlalu awal. Aku belum bersedia kehilangan emak. Aku masih ingin memeluk emak. Baring di riba emak. Melihat emak menunggu kepulanganku dari asrama. Peritnya hidup tanpa ketiadaan insan bergelar emak. Masa tidak dapat diundur kembali. Walaupun kerap kali aku menangisi ketiadaan emak. Emak tetap pergi selamanya.. Takkan kembali.. 

Terima kasih emak kerana melahirkan aku. Walaupun kita tak punya banyak masa bersama, sungguh..kebaikan hati seorang emak sentiasa dikenang dalam diri seorang anak.
–Al fatihah buat arwah emakku-

Kini, tempat arwah emak telah diganti oleh seseorang yang ku panggil ‘makcik’. Walaupun makcik hanya ibu tiri, namun sifatnya seperti emak kandung. Baik! Terlalu baik. Sehingga kebaikan hatinya sering menjadi sebutan orang kampung. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu tiri yang cukup sempurna sifatnya. 

Doa buat makcik (emak ke-2 dalam hidupku)

Bismillah,

Ya Allah, Engkaulah yang melihatnya (mengetahui keadaan makcikku). Jika Kau melihat makcikku dalam keadaan berdosa, maka ampunkanlah dosanya. Jika Kau melihatnya dalam keadaan bersedih, maka gembirakanlah hatinya. Jika Kau melihatnya dalam keadaan gembira, maka sempurnakanlah kegembiraannya. Jika dia sakit, maka sembuhkanlah sakitnya. Jika dia bimbang, maka jauhkanlah kegelisahan/ kebimbangannya. Jika dia letih, maka sampaikan berita gembira kepadanya tentang ganjaran yang sangat besar. Aamiin.

-Terima kasih makcik kerana sudi menjadi ibuku-

SELAMAT HARI IBU makcik. Moga makcik sentiasa diberikan kesihatan yang sejahtera. Gambar makcik dianugerahkan ibu tercontoh tahun 2012. Makcik u’re my mother, always terbaik dalam hatiku!

9 comments

ayu datang dari contest yang sama..ada masa singgah la ke blog ayu ...tq ye..

http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

Alhamdulillah.. Dpt mkcik yng baik.. Untung sngt...
Semoga berjaya...

singgah dari segmen yang sama..goodluck :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

Thanx for joining & Good Luck.
Jemput drop URL Blog @ my Mister Linky's - to ease blogwalking.
(jika belum..)

Can't imagine if I was at your place.
Jangan lupa doakan arwah mak setiap kali lepas solat.
Insyaallah doa seorang anak yang solehah akan sampai kepadanya di sana.
Sampaikan salam saya pada makcik - she must be an adorable person too :)


EmoticonEmoticon