Keluarga penumpang MH370 terima kenyataan dengan bersyarat

Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.

"Bagaimanapun terdapat juga anggota keluarga yang boleh menerima anggota perkembangan dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini Rabu. Bagaimanapun katanya berhadapan dengan keluarga penumpang pada hari ke-18 semakin mudah kerana pihaknya telah mendekati mereka sejak hari pertama kejadian.

Beliau berkata mereka yang dapat menerima sebarang perkembangan dengan hati terbuka dapat menangani serta menerima hakikat dengan cepat berbanding dengan penerimaan secara bersyarat. Tambahnya kaedah kaunseling kepada keluarga yang menghadapi apa jua krisis atau insiden juga kebiasaannya terbahagi kepada dua cara iaitu emosi dan kognitif.

Abdul Jalil berkata kebiasaannya penyampaian secara emosi banyak digunakan untuk mereka yang berpendidikan sederhana manakala kognitif iaitu bersertakan bukti untuk yang berpendidikan tinggi.
 Sumber: Mstar

Keluarga penumpang MH370 terima kenyataan dengan bersyarat
Sani Sayik, 70, nenek saudara kepada Norli Akmar Hamid, 33, penumpang pesawat MH370 ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika bertemu di Hotel The Everly Putrajaya

Tragedi MH370 yang memberi kesan mendalam buat ahli keluarga penumpang yang terlibat. Melihat sahaja wajah keluarga penumpang di kaca tv, sudah cukup membuatkan air mata bergenang di kelopak mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Moga mereka yang menerima ujian ini, tabah hadapinya.

16 comments

tragedi paling buruk dlm sejarah

tragedi paling buruk dlm sejarah

memang sukar nak terima kenyataan apa yg berlaku

Allah adalah sebaik-baik perancang..Moga diberi kekuatan dan keajaiban insyallah..

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. sedih..

Assalamualaikum. sedihnya baca T_________T"

Kepada Allah kita berserah...semoga persoalan terjawab...

Assalamualaikum dik Sally...semoga semua ahli waris penumpang dan anak kapal MH370 redah dan tabah menghadapi segalanya...Allah Maha Mengetahui Dan Maha Besar..

Beribu hati masih mharap keajaiban.. masih bharap dapat mjumpai penumpang mh370. :'(

kalo boleh nk jumpa MH370 tu.. kalo x, susah kot nk terima kenyataan... deqla sendiri rasa mcm tu, apa lagi ahli keluarga mangsa...


EmoticonEmoticon