Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik

Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat lepas (21/03/2014).   

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
      

“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
   
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.

Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan. Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti - Bernama
Sumber: Sinar Harian

Itik dirempuh sehingga pecah penutup lensa lampu. Nasib baik takde apa-apa masalah lain yang timbul. Terbayang-bayang itik yang banyak di landasan kapal terbang. Sure mengganggu proses pendaratan pesawat. 

Terkini: Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Al Fatihah

10 comments

Assalamualaikum yumida.. alhamdullilah semuanya selamat. risau dengar. ni ada pulak airlines yang terbakar enjin harini.. Allahurabbi, risau dengar...

75 kes.. maknanya ia dah jadi 1 pkara/fenomena biasa.. huhu

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida..syukur Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat..

scary kh xpernah naik kapal terbang

dah mcm2 berlaku..apa pun kita doakan moga semuanya selamat

Ya Allah.. nasib oke.. tu bru itik rtrempuh tuu. hope lpas ni xda lagi kejadian yg mrisaukn .. mm.. kita masih lagi dalam kesedihan atas khilangan mH370.. xnak lagi ada brita tak baik lepas ni..insyallah..

rupanya MAS lagi.. hmm.. mesti MAS dlm stress sekrg ni.. mcm2 berlaku...


EmoticonEmoticon