4 sebab untuk berpisah

Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau, pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa depan sesebuah perhubungan.

Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan pasangan bukanlah menjadi suatu hal yang besar. Dengan sedikit penelitian, dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yang terbaik.

 break up, good bye,
Berikut merupakan sebab mengapa harus berpisah dengan pasangan kita. Memandangkan Yumida seorang perempuan, so ianya khas ditujukan buat lelaki.

4 sebab berpisah dengan teman lelaki:

1. Tiada kesungguhan
Lelaki yang tidak serius dalam melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa. Tidak benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak. Mencipta berbagai alasan. Sebab musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang bertepuk sebelah tangan, tapi dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yang tidak serius dalam perhubungan?

2. Lelaki bermulut murai
Mereka yang suka bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap benda yang tidak berfaedah. Kengkadang apa yang dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia. Orang sebegini jenis yang bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki yang banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain? Pentingnya dalam perhubungan untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya, meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran, dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan mencari pengganti seorang pendengar yang baik.

3. Suka mengungkit
Pasti sakit hati kita apabila pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya, mengungkit akan wang yang telah dibelanjakan olehnya, mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita berasa tidak dihargai. Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil hati. Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yang sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas berkorban demi mencintai anda.

4. Lelaki yang panas baran
Menyeramkan bila kita mendapati pasangan kita seorang yang panas baran. Tidak boleh tersilap sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone. Huish…dahsyat! Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat. Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan. Biar hati kita kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek tempias kemarahan.

Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Harus diingat, segala tindakan adalah daripada kita sendiri. Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah keputusan yang tepat dan betul dalam mencari calon suami, yang mana peneman hidup kita sehingga ke hari tua nanti. Selamat bercintan cintun :)

28 comments

hahaha nice sharing dear. satu lagi sebab nak tambah, sebab yang ke5 dia tak jaga solatnya. Sebab baik macam mana pun lelaki itu, jika dia tak jaga solatnya dan tidak mengajak pasangannya jaga solat maka sia2lah kebaikannya. Hatta, jika suami tidak jaga solatnya dengan baik si isteri boleh menuntut fasakh atas sebab tersebut. Wallahualam

Bagus nie bagi yang mencari pasangan dan untuk yang nak menilai pasangan...

lya singgah menabung cne :)

same jugak kalo lelaki dapat wanita yang macam tu. hehe..

paling tak suka yang mulut murai..suka gossip2..lelaki sekarang ramai yang kaki gossip..ehhehe

Selama bercinta xpernah lagi jumpa boy no.2 & no.4

Assalamualaikum. hehehe sheila singgah sambil menabung sini~~~

Perkongsian yg sgt baik utk renungan kita semua.. t kasih Yumida.. :)

wlpn sy seorg lelaki. setuju semua diatas. lelaki pun tak suka prmpn panas baran,dan semua tu :D

walaupun takde sebab2 mcm kat atas tu tp berpisah jugak.. takde jodoh kan..

yang baik utk yang baik, dan yang tak baik utk yang tak baik... maka jika nak yang baik, wajiblah kita menjadi baik terlebih dahulu <-- nasihat buat lelaki dan perempuan, hehehe...

Kalau mendera jiwa lara..baik pilih jalan yang terbaik.. undur bukan kalah..mara belum tentu menang...Wallahuallam

nice sharing...suka lelaki yang baik....

Perpisahan yg berlaku juga atas takdir illahi.

Assalamualaikum dik Yumida..setuju apa yang kat atas tu..

Btol.. kalo masa bkawan dah hot temper, ini xbleh.. itu xbleh. Gudbye babai laa awakk.. muahaha.

panas baran tu yg paling digeruni...huhuhu...

ada panduan bagi yang tengah mencari pasangan idup..panas baran yang paling takut utk didekati kerana mereka boleh buat apa saja tanpa berpikir panjang..jadi, hati2 lah..


EmoticonEmoticon