Kebakaran enjin pesawat Malindo Air

Belum pun selesai kisah penemuan badan pesawat MH370, Jumaat lepas timbul lagi insiden perlanggaran pesawat MAS dengan sekumpulan itik. Yang mana menyebabkan penutup lensa lampu pesawat pecah. Alhamdulillah, tiada insiden buruk berlaku.

Hari ini! Kedengaran lagi kisah kemalangan pesawat di udara. Ianya membabitkan pesawat milik Malindo Air.

Penerbangan Malindo Air OD1804 dari Subang ke Kuala Terengganu berlepas dari Subang pada pukul 7.35 pagi membuat pendaratan kecemasan. Malindo Air terbakar selepas berada 7000 kaki di udara. Kapten Wong selaku juruterbang bertindak mendarat semula di Subang apabila terbit isyarat kebakaran. Pesawat ATR-72 600 Malindo Air mendarat cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Enjin kiri terbakar 5-7 minit sewaktu berlepas dari Subang. Pesawat mendarat dengan selamat. Kesemua 49 penumpang dan 4 anak kapal berada dalam keadaan selamat. Sebahagian penumpang terdiri dari pasukan Terengganu FA. Dek peristiwa itu, kesemua penumpang dipindahkan ke penerbangan yang lain.
Sumber: Buletin Awani saluran 501

Kebakaran enjin pesawat Malindo Air, kemalangan kapal terbang, kapal terbang terbakar

Alhamdulillah, tiada insiden buruk berlaku. Gerunnya, bila pesawat yang dinaiki mengalami tragedi seperti di atas. Sure panik dan seriau especially penumpang yang dapat melihat api marak melalui sayap enjin. Dikhabarkan salah seorang penumpang berkongsi pengalaman detik-detik cemas bersama penerbangan Malindo Air. Nantikan kisahnya di next entry.

9 comments

Assalamualaikum dik Yumida...terkejut juga baca tadi kat FB...syukur Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat..

Nampaknya syarikat penerbangan perlu lebih serius dalam memastikan kapal terbang mereka selamat untuk terbang....

tkejut dgr brita ni kelmarin.. nasib smua nya oke.. dan sempat buat turnback.

Assalamualaikum.. alhamdullilah. semuanya selamat. dengarnya ada pemain bola terengganu dalam pesawat ni

agaknya dah x ramai nak naik pesawat sekrg ni.. takot...huhu..tp itulah, smuanya Allah yg tentukan...

alhamdulillah semuanya selamat..rasa trauma nak naik kapal mcm nie


EmoticonEmoticon