Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Sebelum ini:

 Full info di sini: Klik Playboy Itu Suami Aku 

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

“Adrian akan berkahwin dengan Afina”, Puan Sri menjawab. Afina tersentak! Afina dan King Adrian seakan tak percaya. Puan Sri menegaskan keputusannya adalah muktamad!

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Afina mendesak Syaf untuk segera beredar dari situ. Di rumah, King Adrian bertanyakan tentang keputusan maminya sebentar tadi. King Adrian cuba mencipta alasan agar tak dijodohkan dengan Afina.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Afina masih terbayang-bayang situasi di rumah Puan Sri. Afina termanggu, cemas, khuatir.. Afina berkurung di dalam bilik. Hal ini mengundang rasa risau di hati mama dan papanya. Fisya yang dengki dengan sikap ambil berat mama dan papanya terus menyerang Afina. Afina meminta Fisya untuk mengembalikan jam tangan hadiah pemberian papanya. Namun segera ditolak oleh Fisya.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Semasa breakfast bersama suaminya, Puan Sri berbincang mengenai perkahwinan King Adrian dengan gadis pilihannya iaitu Afina. Tan Sri menyuruh isterinya untuk menyiasat latar belakang Afina. King Adrian turut serta dalam sarapan pagi bersama keluarganya. King Adrian menolak mentah-mentah! Reject pilihan maminya. Tan Sri mengugut King Adrian jika dia tidak menerima pilihan maminya, King Adrian akan dijodohkan dengan gadis pilihannya pula. King Adrian bertambah tegang.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Puan Sri datang ke kedai bunga untuk berjumpa dengan Afina. Malangnya, Afina tidak datang kerja pada hari tersebut. Puan Sri meminta alamat Afina daripada Syaf. Syaf tergesa-gesa memberikan alamat Afina.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5,  Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Puan Sri menelefon Afina dan mengatakan mereka bakal menghantar lamaran. Afina berjumpa dengan Puan Sri di sebuah café. Afina mengatakan dia terpaksa menolak pilihan Puan Sri. Namun, Puan Sri tetap dengan keputusannya!

 Di rumah, Puan Sri tertanya-tanya mengapa Afina menolak risikannya. King Adrian memiliki pakej cukup lengkap, handsome, bergaya, berduit, berkerjaya…

Afina menasihati mamanya, Puan Azizah, agar jangan sentiasa menyembunyikan kesalahan Fisya daripada pengetahuan papanya, Encik Rahim. Mamanya berasa terharu kerana Afina begitu memahami dan mempunyai hati yang begitu baik.

Puan Sri tetap untuk menghantar rombongan merisik. Puan Sri membuat strategi baru. Terus berjumpa dengan keluarga Afina. Dengan ini, Afina tiada pilihan lain untuk menolak risikannya, fikir Puan Sri. King Adrian tetap membantah keputusan maminya!

Semasa Afina pergi untuk mandi. Fisya menyelinap masuk ke dalam biliknya dan mencuri duit Afina yang berada di atas katil. Sejurus selepas Afina selesai mandi, Afina cemas bila mendapati duitnya tiba-tiba hilang!

Di ruang tamu, Puan Sri berdiri tegak dan memperkenalkan dirinya pada Puan Azizah, mama Afina. Fisya yang begitu leka menelefon tersentak apabila mendengar nama Raja Adrian Benjamin. Fisya mula busy body memperkenalkan dirinya. Puan Sri terus menyatakan tujuannya untuk melamar Afina. Fisya tersentak dan membentak! Kerana perasan dirinya yang akan dilamar! Hahahaha…rasakan Fisya!

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Semasa perbincangan bersama keluarganya, Afina menolak lamaran dari Puan Sri. Mama dan papanya saling berpandangan. Akur pada kehendak Afina.

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5

Awal pagi itu, Afina keluar untuk membuang sampah yang berada di depan gate rumah. Sebuah kereta berwarna hitam datang menghampiri, 2 orang lelaki menggunakan topeng keluar mendapatkan Afina. Afina diculik! Afina meronta-ronta minta untuk dilepaskan! –BERSAMBUNG-
  
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5, Playboy Itu Suami Aku – Episod 5


Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 5 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
  
Saksikan Playboy Itu Suami AkuEpisod 6 pada 19 Nov 2013
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3

5 comments

tak sempat lg nk layan drama ni..:)

rajinnya yumida..nur belum sempat tgk..huhuhu

x penah tgk langsung..hihihii... mmg x bkk tv la time senja yumida...

Semua awek pakai ketat ni, haha..aku dtg klik tabung chipsmore :)

hehehe kdg2 curi2 tgk jugalah... done nuffnang !


EmoticonEmoticon