Azhael tersingkir minggu kesembilan AF 2013

As salam buat rakan pembaca,

Konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam (10 November 2013), mengumumkan Azhael bintang AF 2013 yang tersingkir. Keputusan yang mengejutkan semua pihak. Ini bermakna, Azhael tidak berpeluang untuk mara ke konsert akhir iaitu konsert final Akademi Fantasia untuk minggu hadapan.

Azhael merupakan kumpulan duo yang berentap di pentas Akademi Fantasia 2013 pada setiap minggu. Persembahan mereka sentiasa menggegarkan suasana pentas. Malahan memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang penghibur. Azhael dianggotai oleh Mohd Azhar Osman (25 tahun) dan Hal Husaini Razmi (25 tahun). Kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur.
  


Azhael mendendangkan lagu Lelaki Ini (Annuar Zain) dan Kembali Merindu (Slam). Walau bagaimanapun persembahan mereka mendapat undian terendah lantas Azhael disingkirkan di konsert AF 2013 minggu kesembilan ini. Hanya satu langkah lagi untuk menjejakkan kaki ke final AF 2013, namun bukan rezeki mereka. Azhael tersingkir di konsert separuh akhir Akademi Fantasia 2013.

Dengan penyingkiran Azhael, kini tinggal 5 bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini. Minggu hadapan! Konsert final Akademi Fantasia 2013!


Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013 secara langsung hari Ahad next week. Konsert last ni…jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak. Korang rasa…korang rasa siapa yang bakal menjadi juara AF 2013????? Cer teka…cer tekaaaa….

8 comments

Ho.. ini dia azheal yg ramai x puas hati dia tersingkir tuuu yea?! Xde masuk balik mcm mawi ke? Heeee...

Singgah sini n balas klik nuffnang n exabytes

Assalam.
Jika dia berbakat, tersingkir dari AF bukanlah penamat buatnya. Ruang terbuka luas di luar - untuk kekal dalam industri pilihannya ini :)

tak berjaya sebagai juara af bukan penamat perjuangan mereka... actully perjuangan sebenar baru ja nk mula... singgah datang isi tabung...
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2013/11/segmen-impian-menjadi-realiti.html

ramai yang tak berpuas hati Azhael keluar..rasa macam faizul je juara, walaupun ifah minat aisyah dan amira..hehehe..

syg nya duak keluar owh... berik jak lah nabila ya menang.. haha.. menang kesian..

Nur sangka diorg ni sampai ke final....
Tersingkir jugak...
Xde rezeki....

Xtgk result smlm sb sakan tgk walking dead..hehe. Juara af, faizul kot.

Huh.. semakin sengit.. menabung churp2 di sini.. :)


EmoticonEmoticon