Setia Hujung Nyawa

Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Mengisahkan kehidupan Zain Hakimi (Amar Ashraf) yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea (Sura Sojangi), seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah (Zila Bakarin) mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza (Raja Ema).

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasih Ersalina iaitu Iqram (Hairul Azreen).

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran.

Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Kehadiran rakan sekerja Zain iaitu Hadi (Talha Harith) mengeruhkan keadaan. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?



Gambar Setia Hujung Nyawa
gambar Setia Hujung Nyawa








gambar Setia Hujung Nyawa













Pelakon Setia Hujung Nyawa
Amar Ashraf
Nelydia Senrose
Zila Bakarin
Bea Rameshan
Chacha Maembong
Hairul Azreen
Raja Ema
Sura Sojangi
Ryzal Jaafar
Talha Harith
Amar Ashraf
Hilal Azman

Saksikan drama Setia Hujung Nyawa
24 episod
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 1.00 petang hingga 1.30 petang
TV3

11 comments

ika ada simpan cerita ni dalam laptop :)
buat tontonan di waktu bosan heee~

Bunda belum pernah menonton siaran pertama dulu...siaran ulangan ini bunda cuba nonton nanti...orang kata best...

saya pun tak tendok lagi drama ni,huhu....nak tengokla,cuti sekolah ni,hehe :D

Solehah pn layan cerita ni lepas Wanita Hari Ini, lps cerita Setia Hujung Nyawa ni tgk Love In Paris pulak. Lps cite indon ni layan cerita Please Be Careful With My Heart. Hehe pelbagai drama Solehah lyn seharian :)

pernah tengok juga tayang ulang ni..:)

yg ni dh diulang tayang.. yg 1st version mmg tgk smpai hbis.. hihi

dh kmk nangga cerita tok.. nangga sekali dah lah.. hehe

belum sempat tgk lagi...
terlupa betul..!


EmoticonEmoticon